Apa ada di dalam botol penggalak kecantikan kegemaran ramai ini? Anda bakal mengetahuinya!

EH (Malaysia) - - Berita Cantik -

Jika anda rasa rutin membersih, menyegar, melembap dan menggunakan lulur sudah memadai, kini hadir pula penemuan baru yang menjanjikan keajaiban buat kulit anda! Keliru? Begitu juga dengan kami, dan memilih satu produk sahaja amat rumit. Namun dengan Sulwhasoo First Care Activating Serum EX baru, kami telah menemui jawapannya.

Sulwhasoo mengambil pendekatan kearifan Asia bertemu dengan sains moden, yang mana keseimbangan dan harmoni antara badan dan minda terbentang di dalam tenaga yin dan yang. Ia dihasilkan dengan memilih lima daripada 3,000 herba ubat seperti Peony, Sacred Lotus, Solomon’s Seal, Bunga Lili dan Rehmannia untuk membentuk pro prietari JAUM Balancing ComplexTM. Serum ini mengembalikan yin kulit untuk menyeimbangkan kebolehan kulit untuk regenerasi, daya tahan, nutrien, kejelasan dan kecergasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.