Ketahui rahsia di sebalik sentuhan jemarimu untuk kecantikan wajah.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

mum mengetahui, tangan atau lebih tepat lagi jari jemari adalah medium terpenting dalam organ manusia. Melalui sentuhan jemari, ia melambangkan dan menyampaikan rasa kasih serta sayang kepada hidupan lain. Enzim yang ada pada jari juga menyebabkan makanan yang dimakan lebih mudah hadam jika makan menggunakan tangan.

Clarins, pakar penjagaan kulit yang telah menempa nama dalam dunia kecantikan sejak tahun 1954 di Perancis memperkenalkan Skin Perfect Touch, kaedah yang melibatkan keajaiban sentuhan dan sensor untuk kecantikan. Clarins mendengar kehendak pengguna bilamana ada yang menyatakan mereka tidak arif mengenai teknik sebenar dalam menjaga kecantikan wajah, justeru khidmat nasihat dan bantuan profesional diberikan dalam tempoh 30 minit demi memberi pengetahuan kepada pengguna akan kehebatan sentuhan ketika proses cucian wajah seharian. Ia adalah pengalaman yang berbeza di mana program khidmat nasihat ini dibentuk berbeza mengikut jenis kulit wajah dan apa yang diperlukan setiap wanita. Mereka juga boleh merasai sendiri produk Clarins yang melibatkan tekstur produk, aromanya serta kesan yang terhasil. Di samping itu, pakar terapi kecantikan Clarins akan menunjukkan cara penggunaan produk yang betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.