Alif:

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

T rak Untuk Dia bersama Najwa Latiff membawa nama Sleeq antara bakat hiburan dari Singapura yang diterima mudah oleh pendengar tempatan selepas Imran Ajmain dan Taufik Batisah. Melodi Hip-Hop, Pop dan R&B yang dibawa mereka disatukan dengan nilai komersil agar sentiasa dekat dengan yang mendengar. Ikatan kekeluargaan yang ada pada mereka membolehkan minat yang ada menjadi satu lantas menghasilkan sesuatu yang lengkap sebagai pemuzik. Alif dan Syarif kini muncul dengan single terbaru berjudul #1 yang dimuatkan dalam album yang turut memuatkan trak popular lain seperti Tepi Sikit dan Untuk Dia. Album sulung mereka yang diterbitkan di Singapura berjudul Classiq diedarkan pada tahun 2009 sebelum album kedua mereka dengan menggunakan branding Sleeq sebagai judul album muncul tahun lalu sekali gus memahat nama mereka sebagai bakat baru yang cukup meyakinkan. Selain aktif dalam bidang muzik Syarif juga aktif dan popular sebagai pelakon sejak usia 18 tahun di Singapura. Antara lakonannya adalah Anak Metropolitan, Cinta Exora dan Bingit. Bersama EH! dua anak muda yang sudah pun mendirikan rumah tangga ini bercerita tentang rencana kerja juga minat mereka khusus buat pembaca semua.

Saya akan mencabar kreativiti dalam bidang muzik dan perniagaan. Insya-Allah mahu memiliki album solo dan mencipta lagu buat penyanyi lain. Mungkin juga membantu bakat-bakat baru yang punya potensi dalam bidang ini.

Masih lagi akan berjuang sebagai pemuzik dan beberapa impian serta cita-cita lain yang sedang saya usahakan sekarang moga dapat dicapai dalam masa lima tahun mendatang.

Syarif:

SYARIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.