ASUS memperkenalkan generasi baru ZenFone 2 yang berlangsung mega di Jakarta, Indonesia.

EH (Malaysia) - - Lihat+Dengar+Baca -

elepas menerima respons positif menerusi ZonFone generasi pertama yang dilancarkan tahun lalu, ASUS mempersembahkan ZenFone 2 yang dinanti-nantikan. Kini ia hadir dengan rekaan baru yang mencedok inspirasi Zen, prestasi kuasa yang tinggi dan pasti memberi pengalaman luar biasa yang akan membawa pengguna ke tahap kemewahan yang terkini.

Bertempat di Hotel Pullman Jakarta, EH! bersama rombongan media dari seluruh Asia Tenggara berkumpul menyaksikan pelancaran telefon pintar pertama yang menggunakan RAM 4GB di dunia. Dilancarkan sendiri oleh CEO ASUS, Jerry Shen bersempena dengan acara Experience 2Morrow yang turut disaksikan oleh President dan General Manager Intel Asia Tenggara dan Jepun iaitu Robby Swinnen.

“Kami sangat berbangga membawakan ZenFone 2 kepada pengguna di Asia Tenggara. ASUS yakin bahawa teknologi terbaik seharusnya diaplikasikan kepada semua orang, dan kami mahu berkongsi segala kemampuan kami untuk mencipta sebuah kemewahan yang bisa dinikmati semua,” menurut Jerry Shen.

Sudah menerima iF Design Award di Jerman, ZenFone 2 menampilkan rekaan premium yang hadir bersama ciri-ciri teknologi terkini pada pakej harga yang sangat berpatutan. Walaupun ia memiliki ukuran yang sangat nipis iaitu 3.9 milimeter, ZenFone 2 menampilkan nisbah screen-to-body sebesar 72 peratus. Ia turut dikuasakan oleh sistem operasi Android 5.0 Lollipop 64-bit dan ASUS ZenUI 2.0 untuk memberi pengalaman terbaik buat pengguna.

ASUS ZenFone 2 menggunakan PixelMaster Camera 2015, sebuah terknologi terbaru dengan ciri penambah baikan. Hadir bersama kamera depan 5 mega piksel juga kamera belakang 13 megapixel selain Low Light Mode yang membenarkan pengguna merakam foto dan video hingga 400 peratus lebih terang dalam situasi malap. Buat penggemar selfie pula, kamera depan 5 mega piksel dengan apertur sebesar f/2.0 dan kanta kamera 5-element yang menyediakan Field of View sehingga 85 darjah dan kemampuan merakam secara berkumpulan atau panoramic selfie hingga 140 darjah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.