Selain itu amat penting untuk anda tahu cara penjagaan berusdengan betul. Selesai pemakaian berus, ia perlulah dicuci dan disimpan dalam keadaan yang sepatutnya.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Simpan set berus anda di dalam beg gulung yang setiap satu berus mempunyai poketnya sendiri.

Sebulan sekali atau dua bulan sekali pastikan anda mencuci berus anda. Bersihkannya dengan syampu khas untuk berus atau gunakan syampu bayi. Basahkan tapak tangan dan buihkan sedikit syampu kemudian golekkan berus anda di atas syampu tadi.

Bilas berus anda dalam keadaan kepala berus ke bawah. Elakkan keadaan menegak yang mana kepada berus si atas ia akan membuat gam di dalam berus terjejas lantas bulu-bulu berus akan mulai rosak dan berguguran.

Setelah dicuci, keringkan di atas meja tanpa beralaskan tuala.

Simpan di dalam tempat gelap dan bebas habuk!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.