EH! terbang ke Singapura untuk menyaksikan sendiri koleksi musim luruh 2015 yang punya cara Coach.

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Eksperimentasi oleh Stuart Vevers selaku Pengarah Kreatif Coach diteruskan dalam membawa label Amerika Syarikat ini gemilang di pentas fesyen utama. Masih mengekalkan kemewahan dan tradisi, kali ini dia melantangkan koleksi ketiganya yang lebih ekstrim dan radikal. Sentuhan lebih edgy dapat dilihat dalam keseluruhan himpunan outerwear mahupun aksesori kulit.

Stuart Vevers mahu gadis Coach musim ini melangkah berani dalam paduan gaya lebih edgy. Elemen kulit disatukan bersama shearling. Tengkorak yang menyuntik gaya lebih cool dijadikan motif utama yang boleh dilihat pada gaun, baju panas dan jaket biker. Menyempurnakan keseluruhan gaya pula pada ikatan bandana sutera bercetak yang pasti akan menyerlahkan lagi attitude biker gadis Coach hari ini.

Selain jaket dan kot yang menjadi item kunci utama musim ini, suntikan tipografi ‘Nomad’, ‘Wanted’ dan ‘Lucky’ pada beg tangan dan jaket biker membuatkannya lebih personal. Ia mencipta keseimbangan karakter mewah dan lasak yang cukup segar. Stuart Vevers memberi definisi baru buat gadis Coach; moden, bebas dan berani.

Barisan media Malaysia yang hadir.

Lilit di leher atau jadikan bandana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.