Menjadi antara nutrien penting dalam badan, Vitamin C menjadi perisai sakti melawan garisan halus, lingkaran gelap dan penuaan.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

idup dalam kesibukan sebagai warga metropolitan yang sentiasa sibuk menjalani kehidupan yang aktif dan pantas, dalam tidak sedar menyumbang kepada pengurangan kandungan nutrien asli dalam badan terutamanya vitamin C pada kulit. Satu kajian yang dilakukan Seoul National University College of Medicine mendapati kandungan vitamin C pada kulit akan berkurangan atas faktor peningkatan usia dan juga kerana kekerapan kulit terdedah kepada pancaran UV. Kesan-kesan penuaan dan garis-garis halus mula muncul terutamanya di bahagian mata. Hal ini tentu saja mengundang gusar semua wanita yang sentiasa mahu tampak muda dan berseri.

Makmal Kiehl’s di New York menjalankan satu eksperimen untuk mencipta satu ramuan keajaiban bagi melawan penuaan dan menghapuskan garis-garis halus yang terbit di bahagian mata. Dalam masa setahun dengan menggunakan sembilan bahan utama, satu formula dicipta dan dibotolkan dalam isian penuh yang dipanggil Kiehls’s Powerful-Strength Line-Reducing EyeBrightening Concentrate. Tiga bahan utamanya Vitamin C, Haloxyl dan Lauroyl Lysine menyatu sebagai formulasi terbaik menghilangkan garisan bahagian mata dan lingkaran gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.