THE TREND ISSUE 100+

ILHAM BUSANA, SOLEKAN & RAMBUT MESTI CUBA SEKARANG!

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

RESEPSI KEITH FOO HUJUNG TAHUN INI CRISTINA SUZANNE, TAK SERIK, TAK MENGHARAP

“Dia kurus, dia sahaja selebriti Malaysia yang muat sampelsampel Chanel. Model pun ada yang tak muat,” bisik Claudia, wakil Chanel yang datang singgah ke sesi penggambaran ini. Jadi tidak hairan mengapa nama Cristina Suzanne menjadi favourite Chanel. Dan sebagai kelainan untuk muka depan kali ini, kami gandingkannya dengan Keith Foo.

Penggambaran berlangsung pada bulan puasa. Cristina seperti biasa akan sampai lebih awal dari dijanjikan, soal masa memang jadi keutamaannya. Kerja-kerja solekan kami hentikan seketika untuk berbuka. Lebih kurang jam lapan, Keith muncul bersama wanita kesayangannya, Kim Raymond yang juga kini menguruskan kerjayanya. Keith tampak kurus sedikit berbanding saat kami merakamkan wajahnya untuk ruangan Lelaki Bulan Ini sebulan yang lalu.

CRISTINA SUZANNE

“Ketika pertama kali bekerjasama dengan Cristina Suzanne I completely fell in love with her and so inspired. Dia menghidupkan rekaan yang saya buat untuk majlis Shout Awards.” Kata Nurita Harith yang kami temu bual buat isu Mei lalu saat ditanya tentang momen yang paling tidak dapat dia lupakan adalah melihat Cristina Suzanne menyarung rekaannya. Dan selepas itu Cris ibarat muse buat Nurita. “Saya diperkenalkan dengan Nurita oleh Yana (Editor Projek Khas EH!) untuk memakai rekaannya bagi majlis Shout Awards 2013. Di sinilah permulaan hubungan kami terjalin dan selepas itu saya memang kerap memakai Nurita ke majlis-majlis karpet merah.”

Sebelum bertemu Nurita siapa yang menata gaya Cris? “Semua sendiri sebab saya tak pandai sangat nak jumpa designer dan minta mereka buatkan baju. Jadi kalau ada majlis-majlis yang perlu dihadiri kadang tu saya ke Sungei Wang saja cari baju.” Bualnya sambil tertawa. Biarpun hanya perlu menyarung persalinan Sungei Wang, Cris tidak pernah salah bergaya. Apa jua yang diletakkan di tubuhnya begitu sajak sekali. Semuanya nampak sempurna hanya dengan tubuh cantik dan wajah manis yang dia miliki. Namun saya yakin juga semuanya nampak sempurna kerana personalitinya yang menyenangkan. Tanyalah mana-mana individu yang pernah bekerja dengannya pasti semua akan bercerita yang baik-baik sahaja.

Cris simple saja orangnya, tidak terlalu kisah untuk selalu menyarung yang mahal-mahal atau menjinjing beg tangan mewah. Saat saya soalkan padanya item fesyen paling mahal yang pernah dibelinya dia hanya ketawa dan menjawab “Saya rasa yang paling mahal pun jam tangan berharga RM600.” Tambahnya lagi “Cara saya

splurge mungkin berbeza dengan orang lain. Ada yang suka membeli-belah untuk reward kerja keras mereka tetapi saya memilih untuk melihat dunia. Berjalan melihat keindahan alam sekitar cara saya reward diri untuk relaks seketika daripada penat bekerja.” Begitulah Cristina Suzanne yang kita semua kenal. Meraikan kehidupan dengan cukup sederhana dan kesederhanaan ini jarang kita lihat pada selebriti wanita yang lain.

BICARA LAKONAN

September ini kita sekali lagi bakal menyaksikan Cris di layar lebar. Di bawah arahan Osman Ali, filem yang diberi judul Jwanita bakal memecah panggung pada 24 September ini. Cris bersama pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Umie Aida dan Bront Palarae sudah siap memberi sesuatu yang hebat buat penonton. Apa cabaran utama semasa proses filem ini dijalankan? “Cabaran bermula seawal sesi script reading lagi. Bila saya tahu filem ini ada Maya Karin, ada Umie Aida saya sedikit risau. Bukan apa, takut tak dapat bagi momentum yang serupa dengan apa yang mereka beri. Tapi Alhamdulillah chemistry memang wujud dan semua pun berjalan dengan cukup baik.”

Seronok berlakon dengan Osman Ali? Soal saya lagi. “Ini bukan kali pertama saya berlakon dengan Abang Man (Panggilan buat Osman Ali) pertama kali dulu saya buat drama dengan dia. Ekstra je mula-mula. Lepas tu baru dapat leading role untuk siri Bicara Hati. Banyak benda saya belajar sepanjang kerjasama kami. Abang Man sangat teliti tentang lakonan dan dia akan buat kita sebagai pelakon beri persembahan yang seratus peratus seperti apa yang dia mahu. Perkara ini latihan yang bagus bagi saya sebagai pelakon dalam menajamkan lagi skil

“Pertama sekali jangan terlalu bergantung pada lelaki. Sebagai perempuan kita harus punya plan, perlu lebih independent.” cristina suzanne

lakonan.” Tambah Cris lagi buat tahun ini hanya Jwanita sahaja filem yang ditawarkan buat peminat selain beberapa drama yang bakal menyusul sehingga hujung tahun. Siapa yang Cris look forward dalam bidang lakonan? “Saya suka Deanna Yusuff dan Vanidah Imran. Kedua-dua ini pelakon yang cukup istimewa bagi saya. Karisma yang ada pada mereka sebagai aktres cukup saya pandang tinggi.”

Sudah beberapa tahun mengukuhkan nama sebagai antara pelakon terbaik yang kita ada hari ini, kehebatannya di layar kaca juga lebar sudah diperakui. Merangkul anugerah Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia dan Pelakon Terbaik di Anugerah Skrin saya soalkan jika ada perkara yang dia tidak suka tentang lakonan. “Bukanlah tidak suka tapi saya rasa dalam lakonan team work sangat penting. Bila dapat pasukan kerja yang bagus semua benda jadi lancar dan seronok. Tapi jika sebaliknya itu yang rasa tak seronok sikit. Bagi saya berlakon ni paling best bila kita dapat tenaga daripada pelakon-pelakon lain sebab dengan tenaga positif yang ada akan membuatkan saya mahu beri yang lebih baik.” Apa pula perkara terbaik yang Cris belajar sepanjang bergelar pelakon? “Erti kesabaran dan apa itu erti ketenangan.” Jawabnya ringkas. Bagaimana pula dengan fame? “Semua orang sukakan fame tapi perkara itu bagi saya lebih baik jika datang kerana orang acknowledge hasil kerja kita berbanding fame yang datang kerana cerita peribadi atau hal-hal yang kurang menyenangkan kerana bagi saya jika disalah erti fame can really kill you! Apa yang penting saya selalu ingatkan diri supaya buat apa yang patut sahaja dan jangan pernah jemu untuk bekerja keras. Yang selebihnya saya percaya pada rezeki jika datang tepat pada masanya semua akan dapat merasa nikmat yang sama.” Bualnya dengan cukup tenang dan rendah diri.

“BERCINTA? NANTILAH DULU…”

Lumrah hidup manusia, mana ada yang sempurna segalanya. Ada saja naik turun dan ada saja susah senang. Kadang apa yang kita rancang bukanlah yang terbaik untuk jalanan hidup kita jadi semuanya jadi berbeza daripada apa yang kita bayangkan. Cris juga begitu, rasanya umum tahu tentang kisah cintanya yang putus di tengah jalan dan juga kisah putus tunang beberapa tahun lalu. Peluang bertemunya ini bukanlah untuk kami buka buku lama cerita cintanya tetapi sekadar mahu berbual kosong mencari tahu apa yang molek buat si cantik ini tentang perhubungan.

Apa status Cris sekarang? Soal saya. “Single and happy!” Jawabnya dengan senyuman sebelum menyambung “Beri ruang diri sendiri untuk belajar dan perbaiki apa yang tak betul tentang diri dulu. Bercinta-bercinta ni nanti lah dulu. Hahaha…” Tawanya besar dan Cris menambah “Bagi saya perhubungan merupakan satu tanggungjawab, satu komitmen yang tak boleh dipandang remeh. Sebab dalam perhubungan bagi saya dua-dua pihak kena sama-sama mahu menjadikan ruang yang dicipta terisi. Kalau hanya satu pihak saja yang berusaha dan nampak masa depannya maka memang takkan menjadi.”

Cris kecewa dengan apa yang dah terjadi sebelum ini? “Mesti kecewa tapi semua itu bagi saya fasa hidup yang harus kita semua rasai. Kesakitan itu yang buat kita jadi lagi kuat dan firm untuk next relationship.” Apa yang Cris belajar daripada relationship yang lepas? “Pertama sekali jangan terlalu bergantung pada lelaki. Sebagai perempuan kita harus punya plan, perlu lebih independent dan jangan terlalu nak membayangkan yang seronok-seronok sahaja sebab hakikatnya hidup ini tidak sepanjang masa kita akan seronok. Begitu jugalah dalam perhubungan.” Ulasnya lagi dia tidaklah begitu mencari kerana apa yang penting baginya sekarang adalah untuk belajar menikmati hidup dan menghargai apa yang dia miliki hari ini.

Saya lanjutkan soal perhubungan ini dengan bertanyakan “Cris seorang yang mudah atau sukar untuk jatuh cinta?” Soalan ini sekali lagi disambut tawanya. “Susah. Susah sebenarnya sebab bagi saya ada beza antara suka dan cinta. Kita jumpa orang dan pandang pertama itu sebenarnya suka belum cinta lagi sebab cinta itu wujud hanya bila kita kenal dengan individu tersebut. Cinta itu pada keperibadian suka itu pada fizikal, begitulah jika mahu disimpulkan.” Lelaki bagaimana yang mudah Cris dekati? “Yang penting perlu tahu batas – basic rules in life. Jangan mudah bangga diri, riak dan terlalu bising. Lelaki perlu relaks dan cool – tak perlu terlalu loud dan satu lagi perlu bijak bertindak mengikut situasi dan jangan sesekali memalukan orang lain.” Tambahnya lagi menutup bicara kami malam itu.

KEITH FOO

Bermula dengan modeling (kebanyakannya untuk komersil TV dan cetak) yang telah membuka pintu untuknya terjun ke dunia lakonan di tanah seberang. Lebih kurang 10 tahun mengasah bakat di bumi Indonesia dia kembali. Hari ini dia membuka perniagaan makanan dan kini Keith Foo melebarkan kerjaya seninya dalam dunia pengacaraan pula. Sewaktu artikel ini ditulis, Keith sedang membilang hari untuk berangkat ke Sepanyol untuk rakaman program kembara, Ola Spain Bersama Keith Foo. Rancangan yang dirakamkan sepenuhnya di Sepanyol ini menjadi titik permulaan buat Keith mengasah bakat mengacara.

“Nervous?”. Tanya saya. “Tidak. Mungkin kerana bentuk rancangan ini sangat santai, bagaikan saya bercuti sendiri. Bezanya ada kamera yang merakamkan ke mana saya pergi dan apa yang saya buat. Tidak terikat dengan skrip juga membuatkan saya berasa lebih selesa. Memandangkan ini merupakan kali pertama saya ke Sepanyol, sedikit sebanyak ia membuatkan cara pengacaraan saya mungkin lebih natural. I feel excited, I don’t feel nervous.” “Pengacaraan bukan sahaja satu cara untuk saya expand branding Keith Foo itu sendiri, malah pada saya itu adalah satu cabang kerja yang saya sendiri mahu cuba. Saya mahu dilihat lebih versatil,” tambahnya. “Adakah ini sesuatu yang Keith rancang? Kembali ke tanah air untuk berlakon kemudian merebut peluang jadi pengacara pula?” soal saya kembali. “Saya tidak merancang tetapi sejujurnya ia sesuatu yang saya mahu cuba. Saya sendiri mahu buat. Peluang ada, mengapa tidak. Honestly, I’m looking forward to the negative comments from audiences. Ya, saya perlukan komen yang negatif, yang membina semestinya. Saya rasa komen yang berbaur kritikan lebih genuine.”

“Jangan mudah bangga diri, riak dan terlalu bising. Lelaki perlu relaks dan cool.” cristina suzanne

Keith berkongsi dengan saya serba sedikit jadual kerjanya menjelang hujung tahun. Sibuk. Selesai penggambaran Ola Spain bersama Keith Foo, dia memanjangkan kembaranya untuk cuti-cuti peribadi. Sekembalinya ke Kuala Lumpur dia mungkin terbang ke Mesir pula untuk penggambaran sebuah telefilem. Dan bulan ini (September) dia akan muncul di pentas Istana Budaya untuk sebuah teater Inggeris. Mendengarkan aturan kerjanya itu sedikit sebanyak membuat tanggapan karier Keith berjalan perlahan tahun ini ternyata silap.

“Apa bezanya bekerja dengan orang sana dengan orang sini?” tanya saya cuba mengorek pengalamannya bekerja di Indonesia. “Tidak banyak bezanya di sana dengan di sini. Pada saya, perbezaan itu datang pabila kita bekerja dengan pengarah yang berbeza, setiap pengarah ada cara kerjanya sendiri. Cuma yang boleh saya katakan di sana saya tidak punya banyak masa untuk buat persiapan, banyak dilakukan pada saat-saat akhir. Misalnya, saya akan dapat skrip untuk penggambaran tengah hari pada pagi yang sama. Di Malaysia saya ada ruang dan masa untuk buat persiapan. Tapi itu bukan hal besar pada saya. Sebagai pelakon paling penting adalah cara kita memberi kejujuran pada karakter yang dibawa.”

Kata Keith, biar pun sudah punya pengalaman 10 tahun di Indonesia namun dia masih meletakkan dirinya pada peringkat pembelajaran. Jadi, dia tidak pernah cerewet pada tiap tawaran yang datang. “Sebagai pelakon ya kita memang mahukan pembaharuan dalam setiap tawaran yang datang. Saya tak mahu jadi pelakon stereotaip. Saya sukakan risiko. Tapi dalam masa yang sama saya juga tidak mahu terlalu memilih, kerana saya anggap saya masih baru di sini. Saya mahu cuba bekerja dengan sebanyak pengarah yang mungkin,” jelasnya yang tidak menafikan memang ada sesetengah pelakon yang mahu dikenali dengan satu karakter sahaja, mahu tampil macho selalu. “Saya hormat pilihan mereka.” Jelasnya yang lebih senang untuk adlib pada setiap skrip yang dituturkan, dengan cara begitu lakonannya lebih natural.

“Sukar tak mengubah telor bercakap?” “Oh tak mudah. Bila sudah biasa dengan cara cakap Indonesia, saya ambil masa untuk ‘pulihkan’ telor Malaysia saya. Kadang-kadang terkeluar juga bunyi Indonesia, misalnya bila sebut ‘tolong’,” ujarnya sambil menyebut tolong dalam telor Indonesia. Bunyi ‘O’ nya lebih pekat dan bulat.

Dalam mewarnai kehidupannya, Keith tidak membataskan hariharinya dengan dunia glamor semata. Dia melebarkan minatnya dalam dunia masakan dengan membuka restorannya sendiri Mezza9. Pernah duduk di kerusi pengajian dalam bidang pengurusan hotel di KDU, dia menganggap pembukaan restorannya di Publika sebagai ruangnya menghidupkan minat yang sudah sebati dengan dirinya sejak kecil. “Jika ada rezeki saya mahu buka restoran yang menawarkan sajian Melayu seperti Laksa Johor.”

“Saya sebenarnya lebih suka makan di rumah.” Tambahnya. “Apa pula masakan Keith yang jadi kesukaan Kim,” tanya saya sambil memandang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.