Treatment with 25% Vitamin C,

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Masalah ton kulit yang tidak sekata kini bukan lagi alasan dengan adanya

Blisslabs Transluminous Pigment Correcting Serum.

Dengan formula ILLUMISCIN Complex yang mampu menghalang penghasilan melanin menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Antara bahan-bahan lain yang turut menyumbang kepada rawatan pigmentasi dan mencerah adalah Arbutin, Ascorbyl Glucoside, Zinc PCA, Olive Leaf Extract, Mushroom Extract, Licorice Extract dan Diamond Powder Extract. Setiap satunya memainkan peranan dengan mengurangkan tanda penuaan seperti kedutan, menyalurkan vitamin D dan vitaminc C, bertindak sebagai agen anti oksida dan macammacam lagi. Gandingkan bersama

Blisslabs Tansluminous Intensive Clarifying

untuk pagi yang lebih cerah! Buat pertama kalinya Bliss memperkenalkan rawatan semalaman dengan menyalurkan kandungan vitamin C sehingga 25 peratus ketika anda tidur. Ia berupaya menyasarkan pada hiperpigmentasi dan kulit yang tidak sekata. Yang lebih unik, krim ini dihasilkan tanpa air, yakni membuatkan dos Vitamin C dan bahan-bahan lain kekal efektif. Anda boleh oles pada bahagian wajah yang tertentu, yakni fokus pada tompok hitam sahaja ataupun oles pada seluruh wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.