ATIKAH SUHAIME, JIHAN MUSE, AMYRA ROSLI & KAKA AZRAFF

MOST PROMISING FACES!

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Kerdipan bintang-bintang muda ini makin bersinar dalam arena hiburan. Wajah-wajah ini yang sedang mendominasi skrin televisyen dan radio. EH! gandingkan empat wajah berpotensi ini sebagai penghias edisi istimewa EH! Top 20

tahun ini. TEKS JULIA AZMAN, AZLIANY MOHAMAD, KHAIRUL ABIDIN & IZZATI SAADIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI ZULKIFLI SULAIMAN PEMBANTU YANTIE BASHARUDIN, NADIA ASWARDY & AMIRUL (PELATIH UITM) GAMBAR AARON LEE, LENSWORKS PRODUCTION (DIBANTU OLEH FELINA & KHAIRUL) SOLEKAN CHOMEL (ATIKAH SUHAIME), NAJEEB AZAMI (KAKA & JIHAN MUSE) & TIAR ZAINAL (AMYRA ROSLI) DANDANAN DAVID SHAW &

BIBIAN LEONG (HAIR MENU)

ATIKAH SUHAIME

Raut wajahnya cukup mempesonakan walaupun dia tampil ke studio tanpa sebarang calitan mekap di muka, bisik hati saya! “Hi, saya Atikah Suhaime teguran dan salaman pertamanya untuk saya sebelum duduk di meja solek untuk dirias jurusolek terkenal, Chomel dan didandan David Shaw dan Bibian, pendandan rambut kegemaran kami. Hasilnya luar biasa, nyata wajah comel Atikah bertukar lebih jelita dan anggun setelah hampir sejam lebih saya menunggu di ruangan kecil gerobok baju dan aksesori khas untuk para selebriti yang hadir untuk menjayakan sesi pengambaran ini.

Sedang kami asyik melihat aksi foto terbaik dia di skrin komputer, saya seakan terkejut melihat rupa paras dia persis bintang terkenal, Nur Fazura. Mungkin itu hanya andaian saya, tapi saya pasti dia sudah tentu agak rimas jika orang kerap berkata wajahnya seiras bintang terkenal itu. Kita tinggalkan kisah itu, saya mahu selusuri kehidupan wanita Kota Singa yang bertuah lagi cantik, Atikah Suhaime.

Perbualan kami agak kasual dan santai, jelas Atikah dia agak senang jika ditemu bual secara santai dan ringkas kerana itu memudahkan dia untuk menjawab dengan lebih efisien dan lebih banyak imbuhan kata yang ingin disampaikan. Saya mulakan dengan bertanya akan rancangan karier pada kunjungan tahun 2016. Jelasnya, untuk beberapa bulan ini jadualnya amat padat dengan lakonan, dan hal-hal kerjanya diuruskan oleh pihak MIG. Dia kini pula sedang rancak menyusun rancangan untuk menempatkan diri dalam dunia nyanyian. Jika dulu menyanyi hanyalah hobi mengisi masa lapang semata-mata, kini ia menjadi satu karier baru dan dia di bawah didikan penyanyi terkenal Awi Rafael. Ini tidak bermakna untuk dia melupakan terus dunia lakonan. “I really love acting, bagi saya ia satu perkara yang berkaitan dengan seni! Semakin lama saya hayati sesuatu watak, semakin saya memahami atau mendalami ilmu yang akan dijadikan satu eksperimen buat diri saya! Senang cakap dengan berlakon kita dapat menjadi pelbagai jenis watak manusia dan dari situ saya mula belajar hingga kini.”

Perasaan anda apabila mula bergelar sebagai penyanyi, dan adakah anda rasa ia akan menjadi? Dia mula berbicara, jelasnya ketika mula mengerakkan langkah pertama untuk mendendangkan lagu Jatuh Dari Langit bagi filem Suamiku Jatuh Dari Langit membuatkan dirinya teruja dan apa yang menggembirakannya lagi apabila lagu nyanyiannya mendapat hit lebih 100 ribu pendengar di laman Youtube. Walaupun masih dalam proses pembelajaran, yang pasti dia tidak akan berputus asa. Jika mengikut pilihan ritma lagu, dia lebih selesa dengan alunan pop! Katanya, “Lagu pop sangat mencerminkan diri saya yang berperwatakan ceria dan

bubbly.” Jelasnya lagi, jika di negara luar seperti artis Korea rataratanya mempunyai dua cabang kerjaya dalam bidang hiburan dan mereka sangat proaktif akan kedua-dua kerjaya dan tidak salah mencuba untuk menjadi seorang selebriti versatil.

“Saya rasa saya akan memilih untuk bekerja sebagai seorang Eksekutif Pengiklanan, hahahah...” gelak besar Atikah apabila saya ajukan soalan kepadanya mengenai apa yang akan dia lakukan jika dia bukan seorang selebriti.

“Perasaan sebagai pendatang baru dalam bidang hiburan adakala membuat saya gusar dengan apa yang bakal saya lalui. Namun, syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar jika kita hadir dengan diri yang ikhlas dan jujur. Malah, saya turut tampil dengan gaya berbeza serta versatil hanya untuk memastikan diri saya mendapat tempat di hati peminat. Walaupun saya ada mendengar kisah artis senior membuli artis junior, namun sejujurnya perkara ini tidak pernah berlaku kepada diri saya kerana saya hormat pada yang lebih berpengalaman dan setiap apa yang terjadi it’s all about yourself!”

Jika anda memiliki sejumlah wang yang banyak, perkara pertama ingin dilakukan? Katanya, dia bukanlah seorang gadis yang akan menghabiskan duit dengan membuat perkara yang tidak berfaedah. Tidak membanggakan diri sebagai seorang penderma namun sejujurnya dia amat gemar membantu golongan yang berada dalam kesusahan dari segi memberi makanan. Kenapa? “Bagi saya, ia satu-satunya bantuan paling cepat dan mudah untuk diberikan tanpa menunggu sebarang waktu. Diimbas kembali, dulu saya pernah susah dan hingga kini jika saya melihat ada sesiapa yang dalam kesusahan sedaya upaya saya cuba berikan bantuan.”

Gaya fesyen kegemaran Atikah ialah skirt. Jelasnya, dengan persalinan skirt atau gaun membuatkan tubuhnya tampak lebih langsing dan yang pasti ia membangkitkan keyakinan dirinya untuk tampil di hadapan khalayak ramai. Oleh sebab itu, dia mempunyai pinggul yang agak lebar jadi sebarang jenis seluar pasti dia elakkan. Jika terpaksa memakainya, dia pasti memilih baju yang labuh hingga ke paras pinggul dan akan memadankan bersama aksesori dempak yang akan membias personalitinya. Hanya untuk mengekalkan gaya lebih anggun dan elegan. Tidak lupa juga warna pilihannya adalah ungu dan warna pastel sememangnya menjadi kegemarannya sejak dari dulu lagi.

“Saya memang seorang gadis feminin. Namun, anda pasti terkejut jika zaman kecil saya lebih cenderung dengan aktiviti lasak dan lincah kerana saya dibesarkan dengan dua abang dan sudah tentu perwatakan mereka sedikit mempengaruhi personaliti saya. Namun semakin meningkat dewasa, sifat keperempuanan saya lebih menyerlah. My lasak is still there but kini saya menyarung pakaian wanita,” jawabnya sambil ketawa lagi. “Sebab itulah, saya lebih ramai berkawan dengan lelaki berbanding perempuan, tiada maksud untuk memilih bulu tetapi sudah selesa begitu sejak kecil lagi.”

Kongsi Atikah dengan saya, dia sukakan rekaan jam tangan yang unik. Dia baru sahaja membeli jam tangan Tissot, rekaannya penuh ciri-ciri maskulin. Jelasnya, rekaan jam tangan lelaki terutama dari segi mekanikal membuatkan dia tertarik untuk membelinya. Bukan sahaja tampak unik namun ia kelihatan lasak dan mewah.

Bercerita pula mengenai lelaki idamannya dengan jujur dia bercerita, “Saya impikan lelaki yang bijak dalam mengendali perniagaan, pandai berjenaka, mempunyai rupa paras yang menawan (ini agak klise ujarnya), setia pada saya seorang dan yang paling penting menghormati serta memahami kerjaya saya.” Jadi mana-mana lelaki di luar sana yang mahu mendekatinya, persiapkan diri dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi, siapa tahu mungkin anda menjadi pilihannya.

JIHAN MUSE

Nama Nuur Jihan Muse atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat industri seni tempatan. Walaupun di awal kemunculannya dia lebih dikenali sebagai pelawak, namun hari ini siapa sangka dia semakin laku dan mendapat tempat dalam industri dan hati peminat.

Mula melangkah ke bidang seni pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani). Tahun 2009, gadis bertubuh genit ini, mencabar dirinya untuk menyertai pertandingan anjuran Astro iaitu Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan bermutu, dia akhirnya berjaya dan dinobatkan sebagai naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Bakat Jihan bukan sekadar untuk membuat orang ketawa. Dia kini membuktikan banyak lagi bakat yang ada dalam dirinya, tidak hanya berlakon dia kini juga sudah mula menunjukkan taring sebagai pengacara. Anak kedua daripada empat adik beradik ini, semakin laku dan menjadi tumpuan pengarah, penerbit dan stesen televisyen untuk bekerjasama dalam projek-projek mereka. Kembara seninya tambah manis dengan gelaran Ratu Parodi dek kebolehannya meniru gaya artis dalam segmen parodi rancangan Meletop membuatkan dirinya tambah dikenali.

Sewaktu penggambaran ini, Jihan sedang menanti dalam debar membilang hari untuk naik ke pentas mengacarakan Anugerah Planet Muzik 2015. Selain itu, dia juga kekal menjadi pengacara rancangan Gegar Vaganza musim kedua.

“Untuk membuat orang ketawa bukan mudah. Sebagai seorang pelawak pastinya Jihan selalu berada dalam keadaan stres. Idea perlu sentiasa segar. Bagaimana Jihan mengatasi stres?” tanya saya. Pemenang Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 ini berkata solat, bertenang dan bercerita dengan orang terdekat adalah kunci bagi dirinya untuk mengatasi segala stres yang datang.

“Pernah audiens tidak ketawa dengan jenaka Jihan?” tanya saya lagi. Balasnya, “Pernah. Cepat-cepat saya mencari idea lain untuk menutup kekurangan itu, tapi kalau tetap tidak menjadi juga, apa yang saya mampu buat gelakkan diri sendiri sahajalah.”

Jihan sempat berkongsi satu kejadian lucu sewaktu temu bual ini. “Semasa di satu majlis bertemu peminat saya bergambar dan senyum selama beberapa jam dan mulut saya mula cramp dalam keadaan sengih. Lama jugak saya mengurut rahang berulang kali, akhirnya baru OK. Peminat-peminat yang bergambar pun sama menolong saya dan meminta orang ramai untuk memberi ruang pada saya. Tapi saya tidak pasti sama ada perkara tersebut kelakar atau satu nightmare.”

Menyoroti gambar-gambar terkini Jihan, memang tidak dinafikan Jihan kini tampil semakin cantik dan menawan. Berbeza dengan penampilan terdahulunya. Gaya penampilannya jauh lebih menyenangkan kala melintas permaidani merah di acara-acara hiburan.

Saya ajukan soalan ini kepada Jihan, manalah tahu dia punya sebarang petua atau rahsia yang boleh dikongsi dengan pembaca EH!. Jelas Jihan, dia tidak mempunyai rahsia dalam penjagaan kecantikannya, “Saya hanya mencuci muka macam biasa sama

seperti orang lain. Bagi kecantikan dalaman pula, saya cuma jaga pemakanan dan banyakkan bersenam.”

Tambahnya, dia tidak nafikan pada awal pembabitan dia agak kurang bergaya seperti sekarang. Atas kesedaran itu dia tahu penampilan merupakan elemen penting seseorang artis. Jadi katanya tidak salah sekiranya dia lakukan perubahan untuk sesuatu yang lebih positif.

Sempat mengusiknya, bagaimana dia melalui hari yang mana dia berasa ‘I don’t think I look good’? Jawabnya, “Saya tidak kisah sangat sebab saya memang bukan jenis bersiap atau melaram kalau bukan kerana kerja.”

Akhir-akhir ini ada perkhabaran yang menyatakan bahawa anak kelahiran Selangor itu akan menamatkan zaman solonya. Bila diajukan soalan tersebut pada tuan punya badan, Jihan menjawab, “Bila dan siapakah gerangannya itu, semestinya saya akan berkongsi bersama semua bila tiba masanya.

Tiada niat mahu berahsia tetapi biarlah ia betul-betul menjadi kerana takut segala perancangan itu tidak menjadi,” balasnya menutup bicara.

AMYRA ROSLI

Jadualnya padat. EH! hanya sempat bersama Amyra beberapa jam sahaja kerana jam dua petang dia harus berada di TV3 untuk rakaman montaj drama barunya. Biarpun jam sudah menunjukkan jam satu tengahari, namun Amyra masih tenang beraksi di depan lensa, profesional. Masih memberi kerjasama dengan baik. Terima kasih Amyra dan ibunya yang saya panggil Kak Nor kerana sudi meminjamkan sedikit masa biarpun terpaksa berkejar-kejar.

Pagi itu, Amyra disolekkan Tiar Zainal. Sambil jemari Tiar merias wajah jelita milik Amyra saya duduk berbual dengannya. Ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya, namun dia mudah mesra. Setiap butir bicaranya pasti disulam dengan senyuman.

“Mengapa memilih untuk berlakon?,” tanya saya kepadanya. “Myra memang minat berlakon sejak dulu lagi. Berlakon adalah kesukaan Myra nombor satu. Tapi pada Myra minat sahaja tak mencukupi. Apa sahaja yang kita buat seharusnya ada knowledge atau ilmu. Dan kerana itulah Myra ambil masa sebelum betul-betul serius berlakon,” kongsinya yang menuntut ilmu seni lakon selama tiga tahun di ASWARA. “Bila kita faham dan ada knowledge tentang lakonan jadi ia akan lebih memudahkan kita melunaskan tugas kita sebagai pelakon. Lagipun Myra rasa kalau Myra terus berlakon tanpa mendapatkan ilmu terlebih dahulu rasanya Myra takkan kuat untuk berada di sini. Sekalipun andai kata tiada rezeki Myra sebagai pelakon, mungkin Myra boleh kembangkan kerjaya Myra sebagai acting coach,” tambah wajah yang berjaya memikat peminat setia drama Suamiku Encik Sotong ini.

“Sudah beberapa tahun dalam bidang ini, apa perubahan pada diri yang Myra rasakan?” “Confident level,” jawabnya pantas. “Hari ini Myra lebih yakin untuk membuat keputusan dan pilihan. Myra juga berasa lebih selesa untuk berada dalam bidang ini. Begitu juga dengan kritikan, Myra lebih terbuka untuk menerimanya. Myra boleh handle kerja juga emosi.” Kongsi Myra lagi, dia mengambil kira setiap kritikan, malah keluarganya sendiri sudah menanamkan tabiat dalam dirinya untuk sentiasa kuat dan memotivasikan diri sendiri. “Kita kena tahu untuk guna filter diri kita sendiri,” ujar anak kelahiran kota Kuala Lumpur ini.

Kongsi Amyra dengan saya, dia tidak pernah meletakkan sebarang expiry date dalam kerjayanya sebagai pelakon. Dia tidak pernah meletakkan berapa lama dia mahu berada di bidang ini. “Kalau sesuatu perkara itu sudah sebati dalam diri kita, susah sebenarnya untuk kita kata ‘tak nak’. Jadi, untuk cakap sampai bila hendak berlakon, Myra tak ada jawapan untuk itu. Tapi Myra memang ada perancangan untuk buka perniagaan sendiri.”

Berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni yang baru menjangkau usia tiga tahun, Amyra berkata dia belum puas lagi. Banyak lagi watak yang dia mahu explore. “I always want more,

more and more. Tiap kali tengok lakonan sendiri pasti ada yang tidak kena. Myra rasa mahu masuk kelas semula. Myra lihat banyak yang perlu Myra perbaiki termasuklah breathing.” Diuruskan oleh keluarga sendiri bukanlah perkara baru dalam

entertainment business. Ramai bintang ternama, antarabangsa mahupun lokal diuruskan oleh ahli keluarga sendiri. Beyonce pernah diuruskan oleh ibunya, malah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga selesa diuruskan kakak iparnya sendiri, Rozie. Dan Amyra Rosli sendiri diuruskan ibunya. Mesra disapa Kak Nor, wanita inilah yang menyusun tiap jadual kerja Amyra.

“Mama memang sudah lama dalam bidang hiburan. Sejak dulu lagi dia sibuk menguruskan kerjaya ramai selebriti tempatan,” jelas Amyra yang baru melangsaikan lakonannya untuk telemovie sempena Deepavali, Helah Menantu. “Tidak pernah berasa terkongkong?” soal saya. “Tidak! Myra rasa semuanya lebih mudah dan senang. Mama tentunya lebih memahami diri Myra. Dia lebih kenal anaknya. Selain itu orang akan lebih

respect kita, tidak sewenang-wenang diperlekehkan.” Biarpun diuruskan sepenuhnya oleh ibu, namun tiap pemilihan tawaran lakonan masih lagi di tangannya.

“Apa pendapat Myra tentang gosip?” “Gosip kalau kita layan memang boleh menghancurkan. Tapi itu sudah resam dalam dunia hiburan. Tapi, sebolehnya biarlah orang bercakap tentang kerjaya Myra. Biasanya kalau ada cerita yang bukan-bukan Myra lebih senang untuk berdiam diri. Kalau betul baru Myra tampil beri respon. Myra dah lalui waktu untuk trial and error, dan apa yang Myra lihat berdiam diri adalah langkah terbaik.”

KAKA AZRAFF

“You sudah menyanyi, berlakon dan mengacara, so what’s next?” soalan pertama saya pada Kaka sedang dia menunggu giliran untuk disolek. “Well, sekarang ini saya mahu lebih fokus pada nyanyian, kerana berlakon tu saya saja cuba-cuba, tidaklah serius pun. Kalau dapat watak yang ringan-ringan yang ditawarkan saya akan ambil, saya tidak pernah aim untuk memainkan peranan besar.” Bagi anda yang tidak tahu, Kaka asalnya aktif dengan teater, kemudian barulah berjinak-jinak untuk beraksi di hadapan kamera. “Saya memang minat juga pada lakonan tapi masih tidak boleh tandingi keinginan saya untuk pergi jauh dalam bidang nyanyian, it’s just that one day, saya harap dapat membuat konsert saya sendiri,” impi Kaka.

Tidak dinafikan dia antara penyanyi sekarang yang menjadi kegemaran ramai anak-anak muda, malah Kaka antara pendatang baru yang berjaya mencipta tapaknya dalam genre hip hop dan berpotensi untuk jangka masa yang lama selepas

Mizz Nina. “So where do you see yourself in 10 years?” “Kaka akan mempunyai lebih banyak lagu, more

albums dan... berkahwin mungkin? Haha,” seloroh Kaka. “Jadi Kaka sudah berpunya?” sampuk saya,

“No!” pantas Kaka menepis. “Tapi itulah pelan saya, dan sebenarnya saya tidak sabar untuk mempunyai anak, I love kids! Babies especially, kalau boleh sebelum menginjak usia 30 saya sudah mempunyai cahaya mata, tapi macam tak sempat je. Saya juga pernah memasang impian untuk membuka taska, sebab saya mahu menjaga budak-budak.”

“Apa kualiti lelaki yang Kaka cari?” “Wow! Mmm lelaki yang memakai kasut cantik! (ketawa). Mengapa? Sebab daripada kasut kita dapat tahu taste dia bagaimana,” seloroh Kaka. “Penting untuk seorang lelaki menyayangi dan menjaga ibu dia, kerana daripada situ kita dapat lihat bagaimana dia menjaga isteri dia. If he treats his mother like a queen, he will treat his girl like a princess. Saya suka melayan perasaan, saya jenis yang sukar jatuh cinta pada seseorang. Namun apabila suka, saya akan all out.”

“Siapa artis yang Kaka teringin untuk berkerjasama?” “Saya teringin sangat untuk berduet dengan Malique Too Phat, saya pernah bekerja dengan dia dalam menghasilkan sebuah lagu namun tidak pernah lagi berduet bersama. Dan tidak lupa juga my auntie, Ella. Saya mahu menghasilkan single bersama dia. Dulu kami pernah membuat persembahan bersama namun bukanlah lagu kami sendiri.”

“Bagaimana pula Kaka berhadapan dengan kontroversi?,” tanya saya lagi. Kontroversi itu biasa untuk selebriti, jadi selalunya saya akan menyelesaikannya dengan matang. Saya tidak akan lari dan ignore saja, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Jika ia membabitkan reputasi saya, saya akan berdepan terus dan selesaikan serta-merta.”

“Jadi kontroversi you dengan seorang aktres dulu, you berdepan dengan dia?” “Ya, saya ada hubungi dia, namun dia mengelak daripada saya. Jadi, ia tidak selesailah,” keluh Kaka.

Bagaimana pula Kaka berdepan dengan komen negatif daripada peminat-peminat? Contohnya apabila dikutuk di Instagram? “Itu saya akan buat tidak tahu saja, kerana kita tidak boleh memuaskan hati semua orang bukan? Yang penting keluarga dan teman-teman rapat saya tahu siapa saya.” “Pada Kaka, apa itu cantik?” “Cantik tu adalah daripada personaliti, attitude dan dalaman. Tidak kisah rupa you bagaimana, jika you mempunyai personaliti yang menarik you akan tampak cantik!”

“Minat sahaja tak mencukupi. Apa sahaja yang kita buat seharusnya ada ilmu. Dan kerana itulah Myra ambil masa sebelum betul-betul serius berlakon.”

Amyra Rosli

Atikah: Jaket sleevesless, BANANA REPUBLIC Skirt, H&M Cincin, THOMAS SABO Jihan: Baju, KAREN MILLEN Seluar, BCBG MAXAZRIA Cincin, OROTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.