Kolaborasi seni dan keraian musim percutian dalam pek bingkisan istimewa buat anda yang sentiasa menantikannya.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

etiap kali datangnya musim perayaan Krismas, jenama kecantikan Kiehl’s akan melakukan kolaborasi istimewa bersama artisan terkemuka dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa buat pek bungkusan produk mereka. Tahun ini giliran legenda Peter Max yang terkenal dengan hasil kerjanya The Cosmic Runner diberi peluang menzahirkan seni bungkusan produk-produk terpilih rangkaian Kiehl’s.

Tahun ini merupakan tahun keempat Kiehl’s melakukan kolaborasi istimewa ini. Tahun pertama Jeff Koons dipilih untuk berkolaborasi sebelum giliran Kenny Scharf, Eric Haze dan Craig & Karl. Maria Gustafson, Naib Presiden Senior bahagian Kreatif Global menyatakan Peter Max dipilih kerana visi serupa yang dibawa iaitu meraikan kasih sayang, kitaran hidup dan keriangan.

Kolaborasi ini tidak hanya terikat pada pek produk tetapi merangkumi window display, pek hamper istimewa serta kotak khas berisi produk Kiehl’s. Apa yang anda akan dapat daripada kolaborasi ini sudah tentu imej-imej penuh dengan warna terang dengan subjek utama alam semula jadi seperti awan juga pelangi yang memberi tenaga cukup positif dan menggirangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.