JOICO MOISTURE RECOVERY TREATMENT BALM

EH (Malaysia) - - Rambut -

empunyai rambut yang bermasalah tidak kiralah rambut rosak atau tidak terurus merunsingkan wanita bagai tiada pengakhirnya. Jadi apakah yang menjadi kebimbangan anda? Tekstur rambut yang rapuh? Atau rambut kering yang mana apabila terdedah kepada cahaya matahari menjadi lebih teruk? Atau mungkin rambut kusut yang sukar diurus? Setiap hari pasti anda akan hadapi masalah yang berlainan bukan? Jadi ini jawapannya untuk masalah rambut yang mendatang. Untuk menggayakan rambut yang kusut mungkin mengambil masa yang berjamjam lamanya, itu pun belum tentu hasilnya memuaskan. Sekiranya anda menggunakan alat pengeriting rambut atau pelurus rambut jika rambut tetap kusut dan tidak mengikut agak sukar untuk mendapat hasil yang idamkan.

PHYTO PHYTOLISSE ULTIMATE SERUM

Antara produk yang menjadi pilihan salun untuk hasil dandanan rambut yang menawan. Serum ini mampu bertindak pantas menguraikan rambut kusut lantas menghasilkan rambut yang lembut dan berkilat. Dengan rumusan anti-frizz ia mampu membuat rambut kekal lembut dan bebas kusut sepanjang hari. Perapi rambut ini bebas bahanbahan kimia sesuai digunakan untuk rambut berwarna. Selepas cucian lumurkan saja salap rambut ini untuk rambut yang lebih terlindung dan kekal sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.