Kanta Lekap Selesa

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Bausch + Lomb memperkenalkan inovasi bio terbaru, Biotrue® ONEday, kanta lekap pakai buang harian premium. Inovasi kanta lekap ini menggabungkan hidrogel konvensional dengan hidrogel silikon yang bakal menjadi bahan pakai buang harian generasi akan datang. Diinspirasikan daripada mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday oleh Bausch + Lomb mengandungi 78 peratus kelembapan, bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan luar kanta ini direka menyamai lapisan lipid air mata, yang menghalang pengeringan kanta sambil menyalurkan jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka. Ini membolehkan mata bernafas untuk menjadikan ia selesa, sihat dan berwarna putih selama lebih 16 jam, mengatasi jenama kanta lekap paling laris di negara ini. Ia juga disempurnakan dengan teknologi perlindungan UV untuk melindungi mata daripada sinaran ultralembayung (UV) yang mungkin menyebabkan kerosakan mata untuk jangka panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.