Inspirasi kehidupan penuh rona menjadi imbuhan utama bagi setiap himpunan yang dihasilkan. Jenama kegemaran gadis muda zaman kini, Kate Spade New York tampil dengan ilham debunga artistik bagi koleksi terbarunya.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

atherine Noel Brosnahan Spade dahulunya pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengarang aksesori di majalah Mademoiselle sebelum dia nekad meninggalkan bidang itu pada tahun 1991. Ketika itu, arena fesyen masih kekurangan ideologi dalam pembikinan barangan aksesori yang kreatif dan bersifat artistik. Oleh kerana itu, dia terdetik untuk memulakan langkah pertama dan pada 1993 muncullah jenama Kate Spade yang hadir dengan rekaan beg tangan cukup sempurna.

Walaupun awalnya Kate Spade dibuka secara kecil-kecilan iaitu sebanyak enam jenis rekaan namun dia berjaya menghasilkan kombinasi sleek, bentuk utiliti dan pemilihan warna cukup ceria hingga membuatkan ia menjadi sesuatu yang baru. siang hari. “Apabila habisnya musim sejuk, pada hari pertama musim bunga masing-masing mencari bunga pertama sebagai lambang hari baru anda,” jelas Ketua Kreatif Kate Spade, Deborah Lloyd.

Himpunan kali ini lebih banyak bermain dengan elemen lebih feminin serta dipenuhi dengan kesinambungan siluet atau corak bunga pada setiap persalinan. Perincian seperti reben berjalur dan renda biru awan menjadi pilihan utama dalam gaya penuh playful. Ilham aksesori pula lebih menumpukan reka bentuk yang unik dan quirky. Malah ada yang direka mengikut inspirasi pesta fun fair seperti carousel pink, alice blue dan boardwalk beige.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.