Mulanya dia gemarkan rona bold. Tapi kini, Tasha Manshahar lebih menyenangi sentuhan rona lembut pastel pada penggayaannya.

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

Karya duet bersama Syed Shamim berjudul Ragu-Ragu hangat berputar di corong radio tempatan. Tasha Manshahar mula menjadi bualan dalam industri muzik selain sudah mempunyai ribuan pengikut tersendiri di laman sesawang seperti Instragram. Bakal guru bahasa Inggeris ini mulanya gemar bermain dengan rona bold sebelum beralih kepada ton lembut pastel pada ilham suai padannya. Lebih feminin dan tidak terlalu menarik perhatian. Tidak terbatas kepada jenama tertentu, dia lebih melihat kepada keselesaan juga rekaan ketika membeli-belah. Dia turut memandang tinggi karya rekaan Rizman Ruzaini juga Hatta Dolmat selain menyukai gaya pelakon terkenal Lisa Surihani yang senantiasa kelihatan classy tidak kira ke acara karpet merah mahupun hanya bergaya santai. Tambahnya lagi, tidak salah untuk seorang wanita muslimah untuk mencuba sesuatu yang baru ketika berfesyen, tapi perlu ada batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.