Klip

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

A salnya dari Copenhagen, Denmark dan mula diasaskan pada tahun 1982. Pandora sangat dikenali dengan hasil rekaan cukup moden serta buatan tangan penuh sempurna. Setiap material yang digunakan tulen malah dijual dengan harga yang berpatutan. Sumber inspirasi untuk wanita dalam memberi luahan memori manis adalah visi utama Pandora. Setiap musim tidak pernah lekang dengan idea terbaru, pastinya lebih romantis dan feminin.

Dari segi pembuatan turut dihasilkan dengan penuh teliti. Setiap permukaan faset aksesori dijaga sempurna sebelum ke proses penghasilan produk terakhir. Malah, turut menggunakan bahan eksklusif seperti emas 14 karat, logam bersadur perak tahan karat dan pemilihan batu jemeki atau mutiara mengikut kesesuaian tema dan rekaan. Terbaru, Pandora melancarkan himpunan musim panas/bunga 2016 yang membawa kepada ilham dimensi paten bunga terkini dalam siri Forget Me Not dan secara langsung menambahkan lagi koleksi untuk pilihan blooms. Konsep utama bagi himpunan kali ini tertumpu kepada cetakan bunga renda mikro namun dihasilkan dengan paten cukup unik, kontemporari serta pilihan rona-rona romantis, lantas membentuk kepada sebuah memori cukup sentimental.

Kombinasi menarik rekaan bold bersama perincian petite serta dekorasi menarik, bagaikan menghidupkan suasana bunga dalam taman magikal ciptaan Pandora bagi siri Forget Me Not. Mengikuti arus trend masa kini, sentuhan bagi rantai cekak, anting-anting stud dan aksesori seperti spacer turut menghiasi keseluruhan koleksi terbaru ini. Jika anda baru mengenali atau ingin mendekati variasi menarik charm Pandora dan ingin mencipta kisah personal anda, EH! menyediakan panduan bagi memudahkan pembelian anda.

Bagi gelang yang kosong, anda harus bermula dengan membeli klip. Ianya membantu untuk menjarakkan setiap charm antara satu sama lain. Selain itu, ia berfungsi sebagai mengimbangi keberatan charm anda agar tidak terlalu regang hingga tertarik benang baju atau kelihatan bengkok.

Setiap satu sudut charm hanya boleh menampung 3 atau 5 charm dalam satu masa. Namun, ia bergantung pada tahap ketebalan charm yang anda pilih. Selain itu, ia turut membantu menghalang charm anda bergeser antara satu sama lain.

Atau lebih dikenali sebagai klip keselamatan. Ia antara perkakas wajib anda miliki jika ingin mengumpul setiap charm anda. Ia diletak di hujung gelang dan bertindak mengelakkan aksesori daripada jatuh atau bergerak secara liar.

Tidak lengkap satu gelang eksklusif tanpa hiasan manik Murano. Direka menerusi kekaca Itali yang datang dengan variasi corak dan warna.

Terdapat dua jenis cangkuk bagi setiap gelang Pandora iaitu jenis barrel atau lobster. Setiap cangkuk dihasilkan menerusi saduran perak tahan karat, oksida perak ataupun dua ton emas.

Spacers

Safety Chains

Murano Beads

Cangkuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.