SEMBAP

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Jangan sesekali menggunakan produk pelembap wajah pada kawasan sekitar mata kerana sesetengah bahan yang digunakan boleh mengakibatkan radang atau rasa tidak selesa dek kulit yang terlalu nipis. Pilih produk yang dirumus khusus dan mempunyai tekstur ringan. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam secara berlebihan dalam makanan, menyebabkan garam yang diambil akan berkumpul di bawah mata dan berpotensi menimbulkan kesan sembap pada mata. Untuk mengurangkan kesan lingkaran hitam di bawah mata, guna krim penutup cela rona pic. Jangan lupa oles krim SPF kerana cahaya matahari turut menyerang bahagian bawah mata. Tidur dalam kedudukan bantal sedikit tinggi agar tiada cecair berkumpul di kawasan mata yang menyebabkan sembap. Dapatkan rehat yang mencukupi bagi mengurangkan kesan lingkaran hitam. Tidur mesti cukup ya.

Tidak cukup tidur, kandungan garam yang tinggi dalam menu harian, tekanan darah tinggi serta stres adalah punca mengapa kawasan sekitar mata menjadi sembap. Kandungan cecair yang tinggi dan lebihan lemak yang terdapat di kawasan mata juga antara penyebab terjadinya eye bag.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.