Berapakah tempoh masa penggunaan Garden of Eden bagi menghilangkan kesan jerawat?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apakah bahan atau ekstrak yang paling sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan sensitif?

Produk semula jadi yang berasaskan ekstrak tumbuhan seperti minyak Tea Tree yang mengandungi bahan antibakteria berkesan mematikan bakteria jerawat dan sesuai untuk kulit sensitif.

Selain pemakanan dan aktiviti seharian, apakah lagi punca yang menyebabkan kulit berjerawat?

Jerawat terhasil daripada kulit yang berminyak yang menyebabkan liang-liang roma tersumbat. Masalah kulit berminyak ini biasanya membelenggu remaja dek perubahan hormon yang tidak seimbang. Ia juga boleh berlaku kerana tekanan dan juga pengambilan makanan yang tidak sihat.

Jadi benar produk Garden of Eden ini sesuai untuk kulit sensitif?

Kulit sensitif menjadi keutamaan Garden of Eden. Serum ini dirumus dengan 100% ekstrak botani yang kaya dengan khasiat Omega 3 dan Omega 6 sesuai untuk memulih dan membaiki sel kulit untuk lebih sihat.

Apakah keistimewaan produk Garden of Eden jika dibandingkan dengan produk penjagaan kulit yang lain?

Istimewanya produk kami ia 100% daripada bahan alam, yakni berasaskan tumbuhan, mewah dengan bahan-bahan antioksida, cepat menyerap dan halal.

Anda boleh merasakan perubahannya dalam tempoh beberapa hari selepas penggunaan. Jerawat akan berkurangan dan kesannya akan pudar, langsung memberi hasil kulit yang lebih halus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.