PANAS

EH (Malaysia) - - Rambut -

Mandian air panas tidak semestinya elok, walaupun badan anda terasa lega dan selesa selepas mandian. Contohnya seperti kulit kita, sekiranya kerap dibilas air panas kulit akan menjadi kering dan kusam. Begitu juga rambut, dengan pancuran air panas rambut akan hilang lembapan semula jadinya lantas menjadi kering dan mudah gugur. Caranya, ketika mencuci rambut gunakan air suam selepas selesai syampu dan rambut dilumur perapi barulah dibilas dengan air sejuk. Air suam dapat membuka pori kulit kepala lantas kotoran akan mudah dicuci kemudian tutup kembali dengan air sejuk apabila dibilas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.