RAMBUT

EH (Malaysia) - - Rambut -

Memotong rambut adalah langkah baik untuk mengekalkan rambut yang sihat. Kita semua mempunyai paras rambut berlainan, semakin panjang rambut semakin sukar vitamin dan minyak semula jadi untuk sampai ke hujung rambut, lantas hanya separuh saja rambut mendapat khasiat lembapan sepenuhnya. Jenis rambut juga antara faktor yang berkait rapat dengan pemotongan rambut. Rambut halus dan rapuh yang selalunya terdedah kepada bahan-bahan kimia mudah menyebabkan rambut bercabang, jenis ini perlukan potongan yang kerap. Sementara rambut yang sihat dan kuat akan tampak cantik dan elok walaupun tidak dipotong selalu.

1

MATRIX BIOLAGE EXQUISITE OIL Oleskan ketika rambut masih lembap selesai cucian. Keringkan rambut untuk hasil rambut berkilat dan sihat. 2

KERASTASE DISCIPLINE MASKERATINE Gunakan pupur ini sekali seminggu untuk menggekalkan kulit kepala dan rambut yang sihat. 3

DOVE NOURISHING OIL CARE Serum ini bertindak sebagai pelembap dan membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut. Ia menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus serta-merta.

L’OREAL 4

PROFESSIONEL ABSOLUT REPAIR LIPIDIUM CINDITIONER. Berupaya merawat rambut yang kering dan rosak. Mengembalikan kelembapan dan sinaran rambut selesai cucian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.