UNTUK BAKAL CHEF

EH (Malaysia) - - Jurnal -

EH! pilih item baru untuk dekorasi kediaman yang membawa gaya moden tanpa perlu mengorbankan keselesaan.

RUANG TAMU

Menonton rancangan kegemaran dengan Samsung SUHD TV kini lebih memuaskan. Televisyen ini menghasilkan imej berkualiti tinggi dengan paparan Quantum dot iaitu rekaan curved tanpa bingkai pertama dunia, jadi anda boleh menonton dari setiap sudut. Teknologi New Ultra Black yang mengurangkan pantulan cahaya dan tidak silau.

DAPUR

Simpan makanan dalam peti sejuk canggih Samsung Family Hub Refrigerator. Ia lengkap dengan skrin 21.5 inci HD LCD yang membenarkan anda memuat naik serta berkongsi gambar, kalendar dan nota dengan menghubungkan peti sejuk dengan telefon pintar. Dalam peti sejuk pula, lengkap dengan tiga kamera yang membenarkan anda melihat imej di dalam peti untuk memudahkan anda membeli barangan dapur. Tefal Meli-Melo Frypan direka khas untuk membawa tuah baik, ia hadir dalam rona Red Bugatti yang mana dalam budaya Cina ia melambangkan kebahagiaan dan kemewahan. Bahagian dalam kuali direka dengan material PowerGlide agar makanan tidak melekat pada kuali. Thermo-Spot yang bertukar rona merah pula menandakan kuali sudah sedia untuk digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.