JELINGAN KE ATAS DAN BAHU TERANGKAT
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Renung mata si dia seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan ramai lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.