Make-Up Artist, Estee Lauder

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Merupakan bentuk muka paling mudah untuk disesuaikan dengan gaya rambut dan bentuk kening. Jika anda mempunyai bentuk muka bujur cara terbaik melukis kening adalah memastikan kening kelihatan kemas dan dibentuk secara semula jadi.

Kening perlu dibentuk untuk mempunyai beberapa ketinggian supaya muka akan kelihatan lebih panjang dan bujur. Kening harus dilukis lurus ke atas, puncak kening perlu dibentuk tinggi. Ini akan memberi ilusi muka panjang. Elakkan melukis kening berbentuk bulat kerana ia akan menjadikan wajah lebih bulat.

Objektif untuk bentuk muka oblong adalah membuat wajah kelihatan lebih pendek. Bagi bentuk muka ini, kening dilukis lurus pada mula dan di bahagian tengah kening atau lengkung kening dibentuk halus dan nipis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.