NEE LOFA

Hubungan cinta yang terputus di tengah jalan rupanya membawanya melangkah ke pintu kegemilangan dalam dunia perniagaan. Benarlah orang kata setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hari ini Neelofa buktikan she is unstoppable!

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Tidak mudah mendapatkan Neelofa. Jadualnya padat. Tambah lagi dia dalam rangka memanjangkan langkahnya dalam menjenamakan namanya dalam dunia perniagaan. Banyak projek besar akan diumumkan tidak lama lagi. Pada awalnya saya meminta bantuan teman saya, Takie ( bekerja di Media Prima dan dia juga rapat dengan Neelofa) mendapatkan tarikh penggambaran ini. Lebih seminggu menanti masih tiada tarikh muktamad. Saya minta Takie berikan nombor saya kepada Neelofa, dan dari situ saya dan dia menetapkan sendiri tarikh penggambaran muka depan ini. Dan kami hanya ada baki tiga hari saja untuk melakukan persiapan.

Neelofa memberikan tiga nama jurusolek untuk penggambaran ini, dan saya terus menghubungi Najeeb. Nasib saya baik, dia masih available. Kemudian saya hubungi Izrin ( Innai Red) dan Nurita Harith untuk meminjam baju-baju dari himpunan raya mereka. Julia pula sudah standby dengan skarf-skarf cantik dari Hermes dan aksesori daripada pelbagai jenama. Kata Lofa, untuk penggambaran dia terbuka untuk dipakaikan apa-apa saja jenama tudung. Tidaklah dia mengehadkan hanya memakai jenama Naelofar semata. Dia faham sesetengah penggambaran sudah ada konsep tertentu, dia tidak mahu sampai menyusahkan. Dia cukup faham kerja-kerja orang majalah yang sentiasa mencari jalan menampilkan kelainan tiap kali membuat penggambaran, lagi-lagi cover shoot seperti ini.

Neelofa tiba sedikit lewat petang itu. Tidak mengapa, saya faham dia sibuk, tambah pula awal-awal lagi dia sudah bilang dia ada penggambaran lain pagi Khamis itu. Dia tiba di Blink Studio dengan blaus kelabu, celana pic dan selendang hitam. Pembantunya mengikut di belakang membawa bagasi berisi baju dan kasut, dan berlalu sebaik meletakkan bagasi. Kemudian pembantu Neelofa datang kembali membawa sedulang alat solek. Saya lihat Dolce & Gabbana, Tom Ford dan Charlotte Tilbury antara jenama yang memenuhi ruang dulang itu.

Sebaik duduk di kerusi solek, Najeeb memulakan tugasnya. “Bids, tengok kulit I teruk kan,” kata Lofa. “Eh kenapa?, soal saya kembali. “Ini pun dah dikira elok. Since hujung tahun lalu muka I naik jerawat kecil-kecil. Dah banyak doktor I jumpa. Kalau you perasan masa I cuti kat New York tak banyak gambar selfie I post.”

HARI INI MOMEN TERBAIK

Saya mula bertemu Neelofa sekitar bulan Julai tahun 2011. Waktu itu untuk penggambaran cover sulungnya bersama EH! Bertempat di White Studio, sama juga seperti penggambaran kali ini, berlangsung lewat petang. Ketika itu dia ditemani adik Shahz Jaszle. Teringatkan pengalaman waktu itu saya bertanyakan padanya, apa bezanya dia hari ini berbanding awal-awal terjun ke industri. Bilang Neelofa pada saya, dia bermula naif. Masih tercaricari identiti. “Waktu itu I don’t know the game yet. Semuanya bermula naif, clueless. Kalau nak dibandingkan hari ini dengan dulu, kini saya lebih selesa dengan diri saya. Saya sebenarnya orang yang simple dan loving. Selepas enam tahun dalam industri saya sudah faham rentak, saya tahu bila masa saya patut step in dan bila ketikanya untuk saya step out. Hari ini saya lebih menghargai freedom dan kebebasan yang datang. Jadi jika ada peluang untuk bersendiri, saya gunakan sebaiknya. Itulah waktu yang buat saya cukup selesa.”

Kata Neelofa lagi, kalau diberikan peluang untuk memutar kembali waktu, dia tidak mahu menjadi selebriti. Liku-liku hidup sebagai seorang yang dikenali bukan senang. “Perjalanan yang saya lalui tak mudah. Kalau ada sepupu atau kawan-kawan yang mahu terjun ke bidang ini saya akan cakap pada mereka ‘appreciate your life’. Privasi tiada. Hanya yang betul-betul kuat saja mampu bertahan. Tak kuat memang tersungkur.”

“Sejak kecil lagi saya memang mahu bergelar businesswoman. Cuma saya tak pasti cara dan laluannya. Sejak dulu lagi saya tahu I’ll end up involve in business cuma mungkin tangga-tangga untuk saya mulakan perniagaan berbeza. I always have a dream untuk memiliki satu produk yang orang tak tahu pun tu saya yang punya. Satu hari nanti mungkin. Kalau ada team kerja yang bagus why not kan?” Ya, pasti seronok melihat penerimaan orang terhadap satu-satu produk ciptaan selebriti yang tidak diketahui orang di belakangnya. Sama juga macam sesetengah jenama lain, ada sebahagiannya sengaja menyembunyikan dari mana asalnya kerana sesetengah pembeli skeptikal dengan jenama buatan tempatan. Dan kerana itulah banyak juga produk ciptaan tempatan menggunakan nama, kempen juga pembungkusan dalam gaya yang lebih bersifat global.

Bila disuakan pertanyaan tentang momen terbaik dalam hidupnya setakat ini, dengan pantas dia menjawab “right now!”. Tegasnya, apa yang dia miliki hari ini adalah yang terbaik setakat ini. “I have a big family. Dulu masing-masing buat hal sendiri. Tapi hari ini sejak kami memulakan perniagaan bersama hubungan itu bertambah akrab. The bonding getting closer kerana setiap orang mencurah keringat bersama. Misalnya saya makin kenal kakak saya, hari demi hari banyak benda yang saya discover tentang dirinya.”

“Dulu-dulu masa kecil biasalah kita berangan nak kahwin orang kaya yang banyak duit dan punya banyak kereta. Tapi hari ini bila you dapat semua benda tu atas usaha sendiri, you akan rasa itulah the best feeling in the world,” ujarnya lagi.

“Bagaimana pula waktu yang benar-benar menduga?” saya menyambung. “Mungkin waktu mula-mula saya melangkah ke bidang hiburan. I have no one. Saya keliru dan clueless. Saya masih mencari diri. Saya cuba adjust diri saya waktu itu. Dua tahun pertama, 2011 ke 2012 cukup menduga. Kalau you nak I recall balik apa yang saya lalui, kalau boleh I tak mahu ingat lagi.”

Kalau diselak semula ‘muka surat’ buku kehidupan Neelofa sejak diangkat sebagai pemenang Dewi Remaja kita akan lihat bermacam-macam warna menghiasi setiap halaman. Ada yang ceria bagai pelangi, ada juga yang mendung berjurai hujan. Tidak

indah dan tidaklah juga duka semuanya. Kontroversi ada, begitu juga kritikan. Baik dari segi kualiti lakonan, skil mengacara, baju yang dipilih hinggalah sebarang perkara berkaitan perniagaannya.

Kata Neelofa, pengalaman beberapa tahun sebagai selebriti telah banyak mematangkan dirinya. Dia seakan sudah faham permainan industri seni. Bila ada sebarang kontroversi dia sudah tahu bila perlu beri maklum balas atau sekadar diam membisu. “Kalau dulu jika ada kritikan atau kontroversi, approach saya mungkin berbeza. Hari ini saya akan ambil masa untuk menjawab atau memberi sebarang komen. Andai saya rasa benda tu tak penting lebih elok berdiam diri. Tapi jujur saya cakap, memang bukan senang nak senyap, sebab kita memang ada instinct untuk keluarkan kenyataan dan betulkan apa yang tak betul. Saya kena bertahan bila kemahuan itu datang. Dan yang eloknya, bila dah kerap berdiam diri, media pun seakan dah faham. Mereka tahu ada benda yang saya tak akan layan.”

“Lofa berbintang Aquarius. Orang Aquarius ni macam mana personalitinya?” “Orang Aquarius ni saya rasa suka berahsia. Mereka sukar dibaca. Dalam perbualan, mereka takkan mulakan. Aquarius juga bercita-cita tinggi, impian mereka besar,” jelasnya yang dilahirkan pada 10 Februari 1989.

“Apakah perkara yang membuatkan Lofa gembira, senang hati?”, susuli saya dengan pertanyaan seterusnya. “Food, my girlfriends and beach. Saya memang suka makan, selalunya yang pedas-pedas. Saya suka Thai foods, Italian, sajian Jepun dan India. I’m not a dessert person.” “Kalau pantai pula, Lofa suka ke mana?” Paling dekat saya suka ke Koh Sa Mui. Peminatpeminat pun tahu saya kerap ke sana. Malah pekerja-pekerja di sana pun sebahagiannya sudah kenal saya.”

NEELOFA X NABIL

Sewaktu temu bual debut saya bersama Neelofa dulu, memang dia berterus terang pada saya dia mahu jadi pengacara. Dan kata Neelofa kerana artikel itu jugalah dia mula mendapat tawaran mengacara. Dan hari ini tidak dinafikan kebolehan mengacara yang ada padanya. Dia buktikan kemampuannya untuk beberapa program popular seperti Nona dan yang kekal hingga ke hari ini MeleTop. Secara peribadinya saya memang sukakan ton suara Neelofa sebagai pengacara, sedap didengar.

MeleTop yang mula bersiaran pada penghujung tahun 2012 bertahan sehingga ke hari ini. Gandingan Neelofa dan Nabil memang menjadi. Sukar untuk kita menidakkan chemistry yang ada antara mereka berdua, dan harus diakui dua figura ini jugalah yang menjadi nadi utama rancangan yang bersiaran di Astro Ria itu.

Kata Neelofa, chemistry antara dia dan Nabil datang secara natural. Dia dan Nabil let loose. “Saya rasa Nabil seperti abang saya sendiri. Dia ada masanya dia sangat serius, ada masa dia akan bercerita. Kalau ada masalah dia akan kongsikan dengan saya. Lagi satu, both of us akan back up each other, sama ada on screen or off screen. Kadang-kadang ada juga benda berkaitan kerja, kalau saya tak nak, dia pun takkan buat.”

“Andai kata tiba-tiba Nabil mahu menoktahi tugasnya sebagai pengacara MeleTop. Siapa yang Lofa rasa mampu mengambil alih tempatnya?,” saya bergurau. “No one. Saya masih ingat lagi bila Nabil bercuti di Sepanyol, I can’t function without him,” jawabnya ketawa. “We develop the chemistry, jadi kalau salah seorang daripada kami quit, benda tu takkan jadi sama. Pasti ada beza,” tambahnya lagi.

Dalam asyik berbicara tentang dunia pengacaraan, saya minta Neelofa membuat pengakuan. Andai kata dia hanya bergantung hidup sebagai pengacara tanpa buat kerja lain, mampukah dia hidup senang. Boleh kaya-raya ke pengacara di Malaysia kalau itu saja fokusnya? “It’s proven you can’t survive,” jawabnya pantas. “Biar sehebat mana skil pengacaraan, sebagai pengacara kita kena mengusahakan kerja-kerja lain. We still need to something else sebagai sokongan kehidupan.”

Kebolehan Neelofa sebagai pelakon tidak secemerlang kerjayanya sebagai pengacara. Biarpun jejak sulungnya bermula di set lakonan, sebaik dia dimahkotakan sebagai pemenang Dewi Remaja, waktu itu Aziz M Osman menawarkannya sebagai heroin untuk filem remake Azura terus datang kepadanya. Namun sampai ke hari ini, hasil lakonannya belum benar-benar menerima feedback positif khususnya daripada pengkritik drama juga filem. Dan bila saya utarakan isu ini dia tidak melenting, malah dia akui kelemahannya.

“Memang pada peringkat awal saya memberi fokus pada bidang lakonan. Tapi, bila saya sudah terima tawaran mengacara untuk Nona dan MeleTop banyak tawaran terpaksa ditolak. Kalau diterima sekalipun, dalam seminggu hanya tiga hari saja saya boleh beri komitmen. Daripada menyusahkan orang lain, lebih baik saya tolak,” katanya yang akan kembali mengasah skil lakonannya selepas raya nanti. Jika ikut perancangan akan ada satu telemovie dan satu drama bersiri.

Tambah Neelofa lagi, selepas sebulan menimba ilmu lakonan di New York Film Academy, dia berasa bagaikan bersalin kulit. Keyakinannya di depan lensa sebagai pelakon berubah, lebih baik. “Ada beberapa telemovie yang saya jayakan selepas pulang dari pengajian, dari situ saya rasa ada peningkatan, reaksi penonton juga bertambah positif. Cuma, setakat ini saya belum dapat utilize sepenuhnya apa yang saya belajar. Lepas raya nanti Insya-Allah.” Kata Neelofa lagi, sebagai pengacara dia bebas menjadi dirinya sendiri, cabarannya mungkin bagaimana dia mengetengahkan ‘be myself’ itu di depan lensa. Dan berlakon pula membuka pintu untuk dia mencabar kemampuan dirinya menjadi orang lain.

JUTAWAN MUDA

Semua maklum akan kejayaan Neelofa sebagai ahli perniagaan. Instant shawl Naelofar mencipta fenomena tersendiri, berebutrebut orang membeli. Malah sudah dicetak rompak.

Kalau anda pengikut setia Neelofa, Naelofar bukanlah perniagaan sulungnya. Dia bermula dengan mereka dan menjual

kasut. Itu dirancang dan diusahakan ketika mula-mula dikenali. Kemudian dia menjual jubah yang diimport dari Lebanon, dan diikuti dengan perniagaan kanta lekap Lofa Lens sebelum melancarkan Naelofar. Jadi, memang benarlah katanya cita-cita asalnya mahu berniaga.

“Selain soal duit, apa yang seronoknya berniaga?,” saya bertanya. “Dalam setiap pekerjaan kita akan belajar benda baru setiap hari. Samalah macam berniaga tudung, setiap hari kita akan cari idea rekaan baru sama macam reka baju, perlu sentiasa ada yang baru, mengatur strategi pemasaran dan dalam masa yang sama kita akan build relationship dengan orang lain. Dalam perniagaan networking sangat penting. Sebagai peniaga kita perlu appreciate peluang-peluang baru yang datang.”

Bila berbicara tentang kejayaan perniagaannya, kongsi Neelofa, rahsia kejayaannya hari ini adalah kerana support system yang dimilikinya. Keluarganya menyokong sepenuh perniagaannya, dan masing-masing menyempurnakan tugas masing-masing. “Mungkin saya bertuah kerana memulakan perniagaan ini bersama keluarga, jadi tidak timbul trust issue. Dan mungkin kerana itu jugalah perniagaan kami berkembang dalam jangka masa yang sangat cepat.”

“Mudahkah bekerja dengan adik-beradik? Boleh jadi akan ada hal-hal peribadi yang menjejaskan hubungan profesional,” tanya saya. “Itulah cabarannya. Masa mula-mula menggerakkan bisnes ni, tahun pertama tu memang banyak bergaduh sampaikan ada yang tarik muka dan tak nak datang kerja. Macam saya cakap tadi, kalau your parents besarkan you dan adik-beradik yang lain dengan nilai-nilai positif, percaya atau tidak bukan isu. Semua tahu end of the day masing-masing tahu akan dapat bahagian masing-masing.”

“Saya bersyukur kerana lepas melalui proses bergaduh dan tarik muka, hari ini all of us boleh duduk sama-sama dan usahakan perniagaan ni sama-sama. I feel blessed. Yang penting dalam perniagaan adik-beradik ni you kena tahu butang mana yang perlu ditekan. Sabar mesti ada. Kalau tak sabar mesti ada rasa nak let go dan give up. Perlu ada toleransi dan terus mencuba.”

Dan dari perbualan saya dan Neelofa petang itu, barulah saya tahu yang kejayaannya dalam perniagaan hari ini semuanya bermula dari kedukaan. Tanpa berselindung, dia merealisasikan pelan perniagaan ini sebaik saja putus cinta. “Idea dan pelan sudah ada lama, masa bercinta lagi saya dah ada angan-angan tu. Dan bila saya dan dia memilih untuk memutuskan hubungan, dan saya rasa semua orang tahu siapa, saya terus nekad untuk mulakan bisnes. Saya cuba sibukkan diri kerana waktu itu saya memang heartbroken. Saya salurkan kan kedukaan itu dengan melakukan sesuatu yang lebih serius. Waktu dalam sedih itulah saya design kotak, fikir marketing strategy dan macam-macam lagi.”

Saya cakap pada Neelofa, selebriti sepertinya beruntung bila menjalankan perniagaan. Orang sudah kenal, hendak yakinkan orang guna atau pakai produk yang dihasilkan lebih mudah. Produk juga lekas dikenali. Dan Neelofa tidak menafikan kelebihan yang dia ada. “Ya, betul bila selebriti berniaga, kos pemasaran jimat. Tambah lagi dengan media sosial, pengikut sudah sedia ada. Tapi kekurangannya lebih hebat. Jika ada yang tak kena, sekecil-kecil masalah akan jadi isu. Pengguna akan tinggalkan komen di akaun media sosial bila-bila masa saja. Dan lebih buruk bila penulis-penulis blog ambil komen-komen pengguna ini untuk dijadikan isu. Kadang-kadang isunya kecil saja tapi diperbesarbesarkan. Bila benda-benda ni berlaku setidak-tidaknya akan memburukkan jenama kita.”

“Perkara-perkara seperti ini saya tak boleh lari, saya seorang selebriti. Sama ada benda itu baik atau sebaliknya akan ada orang jadikannya sebagai satu isu. Orang akan putar belit jadi satu cerita lain. Biasalah orang kita kan suka drama,” jelasnya bila saya bertanyakan tentang tindakan sesetengah kelompok yang suka memutar belit setiap kenyataannya. Misalnya, kenyataannya tudungnya turut dibeli penduduk Israel.

“Lofa sudah jutawan?” tanya saya secara tiba-tiba. Dia terdiam. Dia mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan saya itu. Lama dia memandang cermin solek. “Hmm… macam ni lah Bids, masa umur saya 18 tahun saya memang ada cakap pada kawan saya, saya mahu capai my first million bila saya capai umur 25 tahun. Dan masa saya cakap tu saya tak fikir ia satu perkara yang boleh dicapai pun. I don’t think it’s possible. Hari ini dalam usia menuju 30 tahun, objektifnya berubah. Saya mahu jenama Naelofar itu dikenali serata dunia. Fokus saya hari ini bukan lagi duit semata, tapi lebih kepada penjenamaan produk dan perniagaan saya,” katanya yang sedang dalam rencana memasarkan produk baru. “Saya belum menggunakan nama Neelofa sebagai jenama produk saya. Sedikit masa lagi saya akan lancarkan beg tangan, haruman, produk penjagaan rambut dan juga alat solek dengan nama Neelofa.”

“Lofa penat? Atau stres?” tanya saya. “Dulu bila saya masuk ke dalam dunia seni saya mula rasa tekanannya. Saya sedar there’s no turning back lagi. Saya tak boleh ubah apa-apa, orang sudah kenal saya. Dalam bisnes tekanannya lain. Adakalanya memang saya rasa penat dan give up. Orang ambil kesempatan atas usaha dan kerja keras saya. Otak saya tak pernah berhenti berfikir. Macam-macam dalam kepala, hal stokis, pekerja misalnya. Stres. Kadang-kadang saya rasa I don’t deserve this kind of stress pada usia semuda ini. Bila saya keluar dengan kawan-kawan, saya fikir bahagianya jadi dia orang, tak perlu nak stres-stres. Bila saya stres, saya akan pergi bercuti, dan bila bercuti saya suka makan… tapi I realize I don’t enjoy eating sebab dalam kepala fikir macam-macam. Saya pernah terbaca satu quote, and that quote stuck in my mind, ‘the more money I have, the less happier I am’.”

Saya seronok berbual dengan Neelofa. Setelah sekian lama tidak menemu bualnya saya dapati banyak bezanya dia yang dulu dan sekarang. Ya, pengalaman memang mematangkan dan benarlah orang kata pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Dan dari pengalaman perbualan ini juga saya mengutip banyak benda yang baik untuk saya sendiri. Mungkin saya akan capai my first million bila usia 40 tahun. Siapa tahu kan?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.