KACA MATA FUNKY SWATCH

EH (Malaysia) - - Fail Gaya -

Swatch yang terkenal dengan rangkaian jam tangan playful dan sarat energi kini hadir dengan koleksi kaca mata hitam. Swatch The Eyes mengekalkan ciri pancawarna label ikonik ini tapi lebih istimewa kerana anda boleh memberi sentuhan personal pada bingkai kaca mata yang boleh ditukar ganti mengikut kreativiti dan personaliti anda. Terdapat 30 bingkai lensa dan tujuh sisi bingkai yang boleh menghasilkan 210 gaya funky yang pasti mewarnai hari anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.