TIP PILIHAN BEG TANGAN SESUAI GAYA RAYA:

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Pilih saiz beg mengikut kesesuaian tempat atau acara. Jika berkunjung ke rumah sanak-saudara, cukup sekadar membawa beg bersaiz kecil, mudah untuk bergerak dan jika ke majlis open house beg sederhana sudah memadai.

Untuk pilihan rona pula, disarankan untuk anda memilih warna yang dominan yakni rona pop terang. Mudah untuk disuai padan bersama busana raya. Siapa kisah untuk bergaya bold di pagi raya bukan?

Jangan pilih fabrik beg yang terlalu sensitif! Elakkan fabrik jenis suede atau kulit jenis premium takut mudah kotor.

Beg dengan kompartmen yang pelbagai juga mebantu. Bagus untuk anda mengasingkan isi beg anda, seperti alat solek, tisu basah, losen tangan, kaca mata hitam juga sampul duit raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.