LIRIKAN SEGAR BERSERI

Memberi tiga fungsi utama, melembap, menyegar dan mengekalkan kelembutan. Chanel tampil dengan jalan penyelesaian buat masalah kulit di sekitar mata menerusi Hydra Beauty Micro Gel Yeux.

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Tanpa penjagaan yang rapi, kulit di sekitar mata menjadi tidak bermaya, sembap langsung menghilangkan seri pada kontur mata atau lebih teruk munculnya tanda awal penuaan. Menerusi teknologi serta formula terbaru titisan mikro camellia, Chanel melebarkan lagi rangkaian penjagaan kulitnya dengan serum terbaru, Hydra Beauty Micro Gel Yeux.

Ia merupakan produk asas buat rejim kecantikan dengan teknologi titisan micro Camellia Alba OFA, ia meningkatkan manfaat pada cecair yang memberi penghidratan Camellia Alba PFA* dan perlindungan antioksidan Blue Ginger PFA*, inti pati berkuasa ini memastikan setiap aplikasi pada sekitar mata menghasilkan kelembapan yang pantas, menyegar serta melindungi dari kesan radikal bebas. Hasilnya lirikan mata tampil lebih berseri dan bercahaya.

Hydra Beauty Micro Gel Yeux ini membekalkan keperluan asas yang diperlukan kontur mata anda, ia juga mengembalikan seri secara menyeluruh dengan memulihkan lingkaran hitam bawah mata dan kedutan awal. Bukan itu sahaja, teksturnya yang berair selesa digunakan dan ringan untuk diaplikasi pada tekstur kulit yang lembut khususnya kontur mata.

Dalam aplikasinya, tekstur cecair mikro ini membentuk satu lapisan yang meresap serta-merta seterusnya memberi pengalaman yang unik dalam menyerikan kawasan sekitar mata. Ia menyegar dan memulihara kulit dalam satu masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.