Kecil Dan Berkuasa

RUTIN PENJAGAAN KULIT PADA WAKTU MALAM KINI LEBIH BANYAK PILIHAN DENGAN RANGKAIAN TERBARU PUPUR TIDUR LANEIGE DALAM KAPSUL.

EH (Malaysia) - - Ilham Cantik -

Pupur tidur kini menjadi asas penting rejim kecantikan lagi-lagi selepas kemunculan Lanegie Sleeping Mask pada tahun 2002 yang menjadi ikutan industri kecantikan jenama lain. Mencetus keistimewaan pada jenama perintis ini, Laneige meneroka dengan lebih mendalam tentang kehendak pengguna menerusi variasi pupur dalam paket kecil yang cukup efektif dan mudah digunakan.

BEAUTY BUZZWORD: MULTI-MASKING

Dengan pelbagai jenis pupur yang hadir setiap bulan, pakar kecantikan kini menemui inovasi terbaru yang bakal menjadi trend produk ‘multi-masking’. Dengan menggunakan jenis pupur yang berbeza pada kawasan yang berlainan dalam satu masa. Inovasi terbaru ini adalah langkah terbaik dalam menyesuaikan pupur dengan kawasan kulit yang bermasalah dan membaik pulih dengan lebih efisien.

Selepas kegemilangan produk utama Water Sleeping Mask dan merai imej terbaru butik di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya dan Queensbay Mall, Penang, Laneige tampil dengan rangkaian pupur tidur kapsul terbaru dikenali sebagai Sleeping Ball. Hadir dalam enam jenis pupur (termasuk pupur untuk tangan dan kaki) Water Sleeping Ball, Firming Sleeping Ball, Whitening Sleeping Ball, Homme Sleeping Ball, Hand Sleeping Ball dan Foot Sleeping Ball, ia mudah digunakan, kecil dan padat serta sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

BOLEH DIDAPATI SECARA EKSLUSIF DI BUTIK LANEIGE*

SAHAJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.