KEMASAN MULUS SEPANJANG RAYA

EH (Malaysia) - - Citra Cantik -

A pabila bercakap mengenai asas solekan tentulah yang ringan di wajah, kekal lama dan memberi litupan sempurna menjadi pilihan. Chanel Le Teint Ultra Tenue Ultrawear Flawless Compact Foundation SPF15 mempunyai tekstur lembut seakan sutera membuat setiap sapuan tampak mesra sejurus dioles pada kulit.

PUSAM TAPI SELESA

Walaupun memberi kemasan pusam namun tidak bermakna kulit menjadi kering. Dengan teknologi penyerapan bedak bersama gandingan zink, bedak polysaccharide ini menjanjikan keselesaan yang sempurna serta kekal lama. Malah anda dapat merasai sensasi kelembutannya pada kulit serta-merta dari pagi hingga ke malam.

Cara Penggunaan:

1 Span bedak kompak ini hadir dengan dua bahagian berbeza untuk mengecapi kemasan yang memuaskan. 2 Gunakan permukaan yang bertekstur untuk litupan yang lebih menyeluruh dan sempurna. 3 Bagi anda yang lebih sukakan kemasan tipis, gunakan permukaan yang bertekstur baldu. Oles beberapa kali pada bahagian wajah yang diingini. 4 Disebabkan formulanya yang tidak berminyak, anda boleh lakukan touch-up bilabila masa saja, ia tidak akan membuat wajah anda bercapuk.

Blush Duo Effect Tweed Tweed Pink Paradise

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.