MBAPKAN KULIT

Udara dingin sering kali membuatkan wajah terasa kering, kasar atau kusam. Apatah lagi jika jenis kulit anda memang tergolong dalam kulit jenis kering. Oleh sebab itu, ramai yang berusaha untuk melembapkan kulit mereka agar sentiasa kelihatan segar dan si

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Pelembap wajah merupakan salah satu rutin dalam penjagaan wajah yang sering digunakan oleh sesiapa, baik wanita juga lelaki. Pelembap wajah biasanya dirumuskan daripada pelbagai jenis mineral dan juga vitamin serta campuran dari air yang dapat membantu melembapkan wajah. Ia juga bertindak sebagai pelindung bagi menjaga kulit agar tetap terhidrat dan sihat, memperbaiki kulit kering, melindungi kulit sensitif serta memperbaiki warna dan tekstur kulit.

Biasanya pelembap wajah terdapat dalam pelbagai jenis tekstur iaitu krim, gel, ringan dan tebal. Krim pelembap terbahagi kepada dua iaitu krim siang dan krim malam. Masing – masing mempunyai fungsi dan manfaat tersendiri.

PILIH PELEMBAP SESUAI DENGAN JENIS KULIT WAJAH

Fahami jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum memilih pelembap. Penting untuk mengetahui kulit wajah agar pelembap yang anda pilih dapat memberikan efek yang bagus pada kulit wajah anda. Selain itu, kulit pun akan terasa segar dan lembut sepanjang hari.

1. KULIT KERING

Bagi kulit jenis yang kering pilih pelembap yang mempunyai bahan berdasarkan minyak (oil-base) dan mengandungi petroleum kerana ia sangat sesuai untuk kulit yang sangat kering dan kulit yang merekah.

yang dirumus daripada minyak yang mengandungi petrolatum, antioksidan atau Alpha Hydroxy Acids (AHA). Cara memakai pelembap dengan betul Cara untuk memakai pelembap pada wajah perlulah dioles dengan betul agar segala kebaikan yang terdapat dalam pelembap dapat memberikan hasil yang bagus pada kulit.

CARA MEMAKAI PELEMBAP DENGAN BETUL

Cara untuk memakai pelembap pada wajah perlulah dioles dengan betul agar segala kebaikan yang terdapat dalam pelembap dapat memberikan hasil yang bagus pada kulit.

• Bersihkan kulit dengan air bersih dan pencuci wajah untuk membersihkan dan menghapuskan kekotoran.

• Oles pelembap setelah wajah dibasuh dan masih dalam keadaan lembap atau dua atau tiga minit setelah wajah dicuci.

• Sapukan pelembap pada pipi, dahi, dagu dan hidung dengan jari yang bersih. Ini penting untuk mencegah kotoran dan bakteria serta mengelak tersumbatnya pori-pori kulit.

• Tepuk secara perlahan pada wajah agar pelembap rata dan terserap sempurna pada kulit.

• Tunggu selama dua minit sebelum mengaplikasikan solekan agar pelembap kering dan diserap sempurna.

2. KULIT BERMINYAK

Cari produk yang mempunyai bahan berasaskan air (water-based) yang berlabel noncomedogenic agar tidak menyumbat pori-pori wajah. Jenis kulit berminyak memerlukan pelembap, terutama setelah menggunakan produk penjagaan yang khusus untuk menghilangkan minyak dan mengeringkan kulit.

3. KULIT NORMAL

Pilih pelembap yang mempunyai bahan berasaskan air yang tidak terlalu berminyak. Hanya mengandungi minyak yang ringan atau cyclomethicone.

4. KULIT SENSITIF

Pilih pelembap yang mengandungi bahan-bahan seperti chamomile atau lidah buaya dan tidak mengandungi bahan pewangi atau pewarna.

5. KULIT BERUSIA

Kulit jenis ini cenderung menjadi lebih kering kerana produksi minyak semakin berkurang. Oleh itu, cari pelembap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.