BOLEHKAH GABUNGKAN WANGIAN?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apabila anda sememangnya sudah menyemburkan aroma segar di siang hari dan aroma itu masih kekal pada kulit anda pada malam hari jangan bimbang, kerana ada wangian yang sememangnya boleh digabungkan. Yang penting anda perlu tahu nota apa yang serasi.

Haruman manis gandingkan bersama kolon lelaki. Wangian yang mempunyai aroma terlalu manis lama-kelamaan akan menghasilkan bau kurang enak menjelang petang, jadi dengan semburan lembut kolon lelaki dapat menyuntik sensasi segar.

Transisi wangian anda daripada siang ke malam lebih elok jika tidak terlalu berbeza, jadi jika waktu siang anda layangkan aroma flora seperti freesia, gandingkan bersama gardenia atau tuberose untuk kombinasi yang lebih sensual.

Bunga ros adalah nota yang sangat versatil, ia menyuntik mood romantis pada apa saja wangian. Untuk lebih impak gandingkan wangian ros dengan wangian ikonik lain untuk memiliki haruman peribadi anda sendiri!

(IKUT ARAH JAM) 1. MANDARIN 2. PATCHOULI 3. YLANG YLANG 4. LAMPONE RASPBERRY5. BERGAMOT ORANGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.