JANGKA HAYAT WANGIAN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Benar, wangian juga akan rosak jika tidak dijaga dalam jangka masa yang lama. Contohnya, cahaya terik matahari adalah musuh ketat wangian, walaupun anda suka melihat botolbotol wangian anda berkilau apabila disinari cahayanya. Seterusnya adalah haba. Haba mampu menukar keadaan wangian anda lantas menghasilkan satu aroma yang berbeza. Namun wangian yang mempunyai nota asas yang lebih kuat seperti nota oriental, nota kayu kayan seperti patchouli dan vetiver ia akan menjadi lebih harum apabila disimpan lama. Wangian segar seperti nota-nota sitrus atau teh hijau tidak tahan lama kerana aromanya lebih ringan jadi apabila disimpan lama dan terdedah pada udara dan matahari akan lebih terjejas aromanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.