SENI RITUAL GABUNGAN FUSIO-DOSE OLEH KERASTASE

EH (Malaysia) - - Rambut -

Bermula dengan analisis profil rambut sebelum memulakan rawatan. Dengan Kamera diagnostik Kérastase boleh melihat rambut dengan lebih terperinci, dibesarkan sehingga 600 kali ganda, agar penggaya rambut boleh membuat diagnostik dengan ketepatan-ultra dan mengenal pasti keperluan utama dan tambahan untuk rambut. Keadaan rambut sama ada rosak, kering atau nipis akan menentukan pemilihan pati. Keperluan kedua haruslah berdasarkan jangkaan pelanggan sendiri yang membolehkan pemilihan perangsang. Seperti saya sendiri, saya mencuba pati concentre Densifique yang mana ia berdasarkan keadaan rambut saya yang nipis. Kemudiannya, untuk keinginan saya sendiri yang mahu mempunyai rambut yang lebih volum jadi perangsang Booster Densite menjadi pilihan. Kedua-dua keperluan rambut ini saling melengkap dan memberi hasil yang memuaskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.