UDARA SEGAR, AROMA MEWAH

Haruman kediaman memainkan peranan penting dalam mencipta aura positif serta ketenangan diri. Lampe Berger tampilkan haruman kediaman yang bukan sahaja mewangikan kediaman malah menyegarkan udara.

EH (Malaysia) - - Jurnal -

Jika anda kenali jenama haruman rumah Lampe Berger ini pastinya anda tahu tentang keunikannya yang mana ia didatangkan bersama pembakar catalyctic yang berfungsi untuk menyebarkan haruman serta membersihkan udara.

Berbeza dengan wangian lilin, ia nyata lebih selamat digunakan dengan hanya membakar catalyctic pada botol pewangi ini selama dua minit, ia menyerap udara yang tidak menyenangkan seperti asap rokok, zarah merbahaya dari jerebu dan bakteria agar persekitaran udara di rumah menjadi lebih selamat dan harum. Lampe Berger telah menghasilkan lebih dari 50 wangian untuk manfaat kesihatan dan juga menghasilkan mood untuk atmosfera kediaman.

Bukan sekadar mencipta aroma yang menenangkan, ia juga datang dengan reka bentuk botol yang cukup eksklusif dan berseni. Lampe Berger pernah berkolaborasi dengan namanama besar seperti Cristal de Baccarat dan Rene Lalique dalam mereka botol koleksi terhad Object d’art dan turut menjadi koleksi Coco Chanel, Jean Cocteau dan Picasso suatu ketika dahulu. Lampe Berger menghasilkan reka bentuk botol mengikut cita rasa pelanggan serta dekorasi rumah agar penggunaannya dalam hiasan rumah mencipta gaya seimbang.

Selain pewangi kediaman jenis catalyctic, Lampe Berger juga turut hadir dengan Parfum Berger yang berfungsi untuk memberi haruman aromaterapi pada persekitaran rumah anda. Pewangi kediaman ini hadir dalam beberapa jenis haruman, antaranya adalah Timeless Rose, Radiant Bergamot, Mineral Oakmoss, Orange Cinnamon dan banyak lagi.

HARUMAN TERBARU

Bersempena dengan ketibaan Aidilfitri, kediaman anda pastinya terganggu dengan bau asap masakan, rokok dan sebagainya. Bagi menuteralkan udara segar di hari istimewa ini, haruman

Lampe Berger pasti menjadi pilihan juga solusi terbaik! Impaknya, tetamu akan berasa lebih selesa dan anda juga turut berasa relaks dengan atmosfera

kediaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.