MIND OF MINE ZAYN MALIK

GENRE R&B PENERBIT Levi Lennox / Malay / MYKL / Alan Sampson / XYZ VERDIK

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Hanya satu sahaja pet peeve saya mengenai album debut bekas kumpulan One Direction ini – cara nama lagu ditulis. Huruf besar dan kecil dalam setiap nama lagu amat merimaskan. Putting that aside, album ini cemerlang sekali! Mungkin ramai yang tidak bersetuju memandangkan dia seorang bekas penyanyi pop, namun cubaannya sebagai penyanyi R&B dikira berjaya. Usah bandingkan Zayn (nama terakhir tidak lagi penting) dengan Frank Ocean atau mana-mana penyanyi R&B yang memegang ritma sama. Kelunakan suaranya jelas dan mengasyikkan, ya itu saya akui.

Tema utama album ini melibatkan hubungan kelamin. Sebagai jejaka muda berusia 23 tahun, Zayn bijak melapiskan unsur ini di dalam lirik mahupun rentak muzik. The word sexy doesn’t do the album justice. Single pertama ‘Pillowtalk’ membawa mood berbeza dengan hala tuju muziknya sebelum ini. Sememangnya lagu ini menjadi bualan ramai malah berjaya menakluki tangga nombor satu carta Billboard Hot 100. Ditambah pula dengan video klip ini menggandingkan Zayn dengan kekasihnya Gigi Hadid.

‘Befour’ mengingatkan saya kepada trak The Weeknd dan Justin Timberlake (era album Justified pada tahun 2002) – rentaknya yang smooth dan easy to the ears mencipta sesuatu yang unik. Lagu ‘She’ dan ‘Drunk’ mempamerkan vokal penuh cemerlang dan susunan lagu amat baik sekali. Album ini turut menonjolkan ‘Intermission: Flower’ yang bermain dengan ritma Bollywood. Untuk lebih spesifik, Zayn menyanyikan lagu ini dalam bahasa Urdu iaitu bahasa asal bapanya yang berasal daripada Pakistan.

Zayn bertuah dapat bekerja dengan penerbit yang berjaya seperti Malay kerana dia juga merupakan individu yang menghasilkan trak hits untuk lagu John Legend, Alicia Keys, Frank Ocean serta Mario. Tanpa penyusunan lagu catchy, lirik yang berani (berbanding imej squeaky pop sebelum ini) serta pengubahsuaian nyanyian lebih kepada R&B, Zayn mungkin tidak akan berjaya keluar daripada bayangan One Direction. Album ini dilihat bakal membentuk masa depan yang cerah buat kariernya.

“THE WORD SEXY DOESN’T DO THE ALBUM JUSTICE. SINGLE PERTAMA

‘PILLOWTALK’ MEMBAWA MOOD BERBEZA DENGAN HALA TUJU MUZIKNYA

SEBELUM INI.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.