CASIO EXILIM EX- FR100

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Ia antara produk kegemaran penunggang basikal serta mereka yang gemar kembara dan aktiviti lasak. Kamera ini bertindak untuk merakam gambar dan video tanpa menggunakan tangan dengan mudah. Reka bentuknya yang tahan gegaran dan kalis air sehingga kedalaman 20 meter juga sesuai untuk pengguna melihat kehidupan laut dari atas permukaan. FR100 kekal dengan reka bentuk boleh tanggal yang mana pengguna hanya perlu memasang model kamera dan kawal menggunakan alat kawalan jauh. Ini memudahkan lagi rakaman sudut fotografi unik, gambar kumpulan besar atau landskap. Ia kini didapati dalam warna kuning, putih dan hitam pada harga RM2,149.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.