ASUS ZEN WATCH 2

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

Jam tangan pintar ini hadir dalam dua saiz iaitu 1.63” dan 1.45” membawa gaya sofistikated dan anggun buat pengguna. Aksesori pelengkap gaya ini diperbuat daripada keluli tahan karat dengan watchface eksklusif mengikut pilihan anda. Ia hadir dengan pembesar suara sedia ada untuk membuat dan menerima panggilan tanpa menggunakan telefon pintar serta juga sesuai digunakan untuk menghantar pesanan ringkas, emoji dan lukisan kepada keluarga dan teman. ZenWatch 2 juga menggunakan teknologi HyperChange yang mengecas jam pintar dengan pantas iaitu 15 minit sahaja untuk jangka hayat bateri 60 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.