PUSAT 3S NISSAN BARU

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Pusat 3S Nissan di Miri dan majlis dirasmikan oleh Datuk Bandar Miri, Yang Berbahagia Lawrence Lai Yew Son serta Pengarah Eksekutif ETCM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Ang Bon Beng. Pusat 3S ini merupakan pusat ke 21 yang dibuka di Malaysia bertindak sebagai pusat sehenti yang memudahkan pelanggan memandu uji, membeli rangkaian model baru Nissan, melakukan penyelenggaraan serta mendapatkan alat ganti. Dengan keluasan 18,648 kaki persegi, bilik pamerannya mampu menempatkan sehingga enam buah kenderaan pada satu-satu masa dan pusat servis pula mempunyai lima ruang penyelenggaraan dengan kapasiti servis sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.