THE BODY REGENERIST FRUITTI SPA

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Dirumus menggunakan kombinasi buah-buahan, bunga-bungaan dengan garam laut semula jadi dan yogurt, The Body Regenerist Spa bukan sahaja sesuai untuk sesi memanjakan diri tetapi ia juga adalah terapi untuk menjana semula sel kulit agar kekal licin, halus dan cerah berseri. Sel-sel kulit mati digosok menggunakan buah-buahan dan bunga-bungaan yang diperkaya dengan garam laut semula jadi. Ekstrak buah-buahan dan bunga-bungaan ini juga mengandungi vitamin dan nutrien yang dapat menyuburkan sel-sel kulit. Malah, aromanya yang harum secara tidak langsung mengurangkan tekanan.

The Body Regenerist Spa merangkumi Anti-Stress Back Massage, Fruitti Yoghurt Masque, Fruitti Scrub, Thermal Blanket Heat Infusion dan juga Fruitti Bubble Bath. Hasil rawatan The Body Regenerist Spa boleh dilihat secara serta-merta di mana warna kulit lebih sekata dan lebih cerah, tanda-tanda parut semakin pudar dan tentu sekali kulit menjadi lebih anjal, licin dan berseri!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.