#THROWBACK

EH (Malaysia) - - Jurnal -

5 JUN 1993 - Mariah Carey melangsungkan perkahwinan dengan eksekutif muzik, Tommy Mottola ketika berusia 23 tahun. Namun hubungan mereka tidak kekal dan mereka bercerai empat tahun kemudian.

27 JUN 1995 – Pelakon British yang terkenal dengan filem Four Weddings and a Funeral dan Notting Hill, Hugh Grant ditahan oleh pihak berkuasa ketika dia ditemui di dalam kereta dengan pelacur di Sunset Strip, Hollywood. 24 JUN 2003 – Beyonce melancarkan album debutnya, Dangerously in Love. Melalui album ini juga, Beyonce memenangi empat Anugerah Grammy 2004 termasuk Best Contemporary R&B Album.

– 29 JUN 2003 Pelakon yang terkenal dengan personaliti yang menawan dan salah seorang wanita paling bergaya di dunia, Katharine Hepburn meninggal dunia kerana sakit tua.

25 JUN 2009 – King of Pop, Michael Jackson ditemui meninggal dunia di rumahnya di North Carolwood Drive, Holmby Hills, Los Angeles. Mengikut autopsi polis, dia meninggal kerana jantung terhenti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.