Bil Musa

EH (Malaysia) - - Fail Gaya -

SIAPA IKON DUNIA MUZIK ANDA? Pastinya Mariah Carey, saya membesar dengan lagu-lagunya dan lagunya tidak pernah bosan untuk terus didengar.

ALBUM KEGEMARAN BIL MUSA KETIKA INI? Jhene Aiko Souled Out, saya sukakan ton suaranya dan lirik lagunya cukup bermakna.

SIAPA IKON FESYEN ANDA? Karla dari blog kegemaran saya Karlascloset.com. Stail yang cuba disampaikannya cukup trendy dan adakalanya saya turut mengambil inspirasi dari gaya yang ditonjolkannya.

JIKA DITAKDIRKAN ANDA SALAH SEORANG DARI PENYANYI WANITA BERKUMPULAN APAKAH NAMA KUMPULAN ANDA? The Cats, sebab saya gemarkan kucing!

JENIS POTONGAN SELUAR JEAN KEGEMARAN ANDA? Skinny, mid-waist dan distressed jeans.

Bil Musa menggayakan Levi’s 711 Skinny

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.