Liyana Fizi

EH (Malaysia) - - Fail Gaya -

APAKAH IDENTITI GAYA ANDA? Sesuatu yang selesa dipakai dengan ton warna dan rekaan yang timeless.

APAKAH INSPIRASI ANDA DALAM MENGHASILKAN SESEBUAH LAGU? Kebanyakannya berdasarkan pengalaman dan emosi saya ketika itu.

ALBUM KEGEMARAN ANDA BUAT MASA INI? TIGAPAGI (kumpulan indie dari Bandung, Indonesia) kerana saya amat kagum bagaimana mereka boleh menggabungkan bunyi instrumen tradisional seperti keroncong dengan instrumen moden dan hasilnya cukup wow!

JIKA PUNYA PELUANG BERDUET DENGAN MANAMANA PENYANYI, SIAPA PILIHAN ANDA? Toni Bennett. Dia punya suara yang cukup ikonik dan maskulin. Antara lagu kegemaran nyanyiannya ialah The Way You Look Tonight.

JENIS POTONGAN SELUAR JEAN KEGEMARAN ANDA? Skinny dan distressed jeans!

Liyana Fizi menggayakan Levi’s 711 Skinny

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.