7 SOALAN BERSAMA PETER PHILIPS

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1APA

CONCERN UTAMA BILA ANDA MENCIPTA BEDAK ASAS BARU? Setiap orang punya tekstur kulit berbeza dan keperluannya berbeza-beza. Tidak semua wanita dianugerahkan kulit semula jadi sihat dan cantik. Bila menyolek orang saya memang akan mulakan dengan asas solekan yang pusam (matte), jika mahu efek dewy misalnya saya akan layangkan highlighter. Jika anda punya kulit yang kurang cantik, saya cadangkan anda gunakan bedak asas efek pusam.

2RAMAI

PEREMPUAN ASAS SOLEKANNYA SALAH, CONTOHNYA TAMPAK TEBAL, TERSALAH TON BEDAK, NAMPAK KELABU DAN KADANG-KADANG BERCAPUK. BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN ASAS YANG TEPAT DAN NAMPAK NATURAL? Paling penting adalah pencahayaan. Selalunya bila menyolek model atau selebriti saya akan minta bilik dengan pencahayaan seperti cahaya semula jadi, dan pastikan cahayanya tidak berbayang. Kalau pencahayaan salah, pilihan warna pun mesti salah.

3APA

FOKUS UTAMA BEDAK ASAS BARU INI? Saya memberi tumpuan pada pori wajah yang sihat. Saya mahu mereka yang menggunakannya semakin lama akan sedar pori mereka punya perubahan yang positif.

4BEDAK

ASAS INI UNTUK ORANG MUDA ATAU KELOMPOK SEDIKIT BERUSIA? Sesiapa saja boleh menggunakannya. Bedak ini sesuai untuk semua peringkat umur.

5TEKSTUR

ATAU EFEK ASAS SOLEKAN YANG ANDA SUKA?

Pusam. Luminious matte gaya asas yang malar segar. Ia bagaikan keperluan asas. Mungkin ada yang tak tahu, paf yang kita guna akan menghasilkan efek berbeza. Paf sutera mencipta efek wajah glowing manakala paf kain kapas pula mencipta kesan pusam.

6BOLEH

KONGSIKAN TIP

CONTOURING? Contouring seperti melukis. Anda perlu seimbangkannya dengan sempurna antara kontur dan menggunakan penyerlah (highlighter).

7APA

KESILAPAN YANG SELALU WANITA BUAT BILA BERSOLEK? Ada dua yang saya tak suka. Nombor satu, perempuan yang menyolek muka separuh-separuh. Misalnya, pakai pembayang mata, maskara, pemerah pipi dan mengoles gincu tapi tidak mahu pakai bedak asas. Kedua, perempuan yang berlebih-lebih bila bersolek. Anda boleh buat teknik contouring tapi biarlah berpada-pada, kerana contouring yang tebal hanya cantik untuk gambar selfie sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.