RAMBUT GUGUR DAN BERKELEMUMUR

EH (Malaysia) - - Rambut -

Setiap wanita akan mengalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini. Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala. Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua. Keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat atau bakteria, penggunaan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang. Tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, menggayakan rambut juga merupakan faktor penting. Cara Mengatasi: Jika rambut anda sentiasa mengalami keguguran dan berkelemumur,

ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E. Anda juga boleh lakukan: • Lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. Syampu dan bilas rambut dengan bersih pada keesokan paginya. • Jaga rambut dengan betul seperti: Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut. • Pastikan pewarna rambut tidak terkena akar umbi rambut kerana ini boleh merosakkan struktur rambut. • Dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut. • Pilih pewarna yang tiada bahan berbahaya kepada struktur rambut. • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur. • Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut. Rambut gugur normal? Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda. sebelum itu anda perlu mengetahui jenis rambut anda, dengan itu, lebih mudah untuk anda merawat masalah rambut anda. Apakah Ciri-ciri rambut normal? Rambut normal memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang. Kilauannya cukup sempurna namun akan tampak kusam jika tidak dicuci pada waktunya. Rambut sihat juga kadangkala punyai kelemumur namun hanya pada cuaca yang terlalu panas dan kering. Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya. Kata Penggaya Rambut Profesional, Juno Ko Rambut yang sihat adalah yang sukar digayakan, apabila dikeritingkan dan digayakan rambut mudah kembali ke keadaan asal. Ini kerana teksturnya yang licin menandakan rambut anda cukup sihat!

GUNAKAN: PHYTOSQUAM INTENSE, ANTI DANDRUFF INTENSE TREATMENT SHAMPOO Buat anda yang mengalami kelemumur tahap kronik pun berkesan. Gunakan pada setiap cucian

GUNAKAN: L’OREAL ABSOLUT REPAIR LIPIDIUM INWSTANT RWWECONSTRUTING MASQUE. Untuk rambut kekal lembap dan juga elok buat rambut berwarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.