RAMBUT KERING

EH (Malaysia) - - Rambut -

Rambut ini kelihatan mengembang, kering, kusam dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat. Cara Mengatasi: Jangan malas untuk memakai pupur setiap minggu. Untuk rambut normal mungkin pemakaian pupur atau creambath cukup sekadar sebulan sekali. Namun untuk rambut kering lebih pun tidak mengapa. Oles serum atau minyak sebaik rambut dikeringkan dengan tuala. Itu pun jangan dikeringkan sepenuhnya atau digosok dengan terlalu kuat dengan tuala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.