5 MINIT BERSAMA NORA MURAT, PENGARAH SERANTAU INTERNATIONAL PLANNED PARENTHOOD FEDERATION (IPPF) BAGI NEGARA ASIA & ASIA TENGGARA DAN WILAYAH OCEANIA

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI SEBAGAI PENGARAH SERANTAU IPPF

Kebanyakan masalah bermula daripada subjek seks sendiri. Kita tidak dibenarkan berdiskusi mengenai seks. Masih ramai yang tidak tahu cara untuk melindungi diri sendiri kerana mereka tidak dibekalkan dengan maklumat yang tepat dan benar. Mitos mengenai seks masih lagi dipercayai ramai sebagai contoh, ramai percaya bahawa jika anda makan nenas atau minum air berkarbonat serta melakukan hubungan secara berdiri, kebarangkalian untuk mengandungi tidak ada langsung. Ini salah. Malah saya dapati masih ramai wanita di luar sana tidak tahu perkitaran haid sendiri dan tidak pelajari mengenai pencegah hamil.

NASIHAT KEPADA WANITA

Datang ke klinik kami dan jangan percaya benda pertama anda baca di Internet. Lakukan kajian sendiri dan dapatkan pendapat yang penting. Ibu harus mendidik anak-anak di umur yang muda kerana penganiayaan berlaku tanpa pengetahuan kita dan kita perlu belajar untuk menjaga diri sendiri dengan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.