DI PASARAN

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini -

MARSHA MILAN – SUDAH KU TEMUI

Single ini ditujukan khas buat suaminya yang membawa melodi dan lirik tema cinta. Cubaan yang baik namun rentaknya mengingatkan saya kepada lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor.

THE LUMINEERS – CLEOPATRA

Rentak piano dan genre muzik folk rock masih lagi menjadi pilihan kumpulan yang mula menampa nama dengan lagu Hey Ho. Secara keseluruhan album ini mudah untuk didengari dan kekal dengan identiti sendiri tanpa perlu mengikut trend semasa.

BIRDY – BEAUTIFUL LIES Edaran:

Warner Music Cukup berkesan dengan rentak dan melodi catchy, mencipta sesuatu yang berbeza. Vokal Birdy cukup kuat namun masih berpegang kukuh kepada irama indie-rock dengan sentuhan balada. Must have album of 2016

SPECTRE: ORIGINAL MOTION PICTURE SOUNDTRACK Edaran:

Universal Music

Soundtrack filem James Bond ini dihasilkan oleh komposer Thomas Newman. Score muzik yang digunakan membentuk unsur theatrical, sama seperti filem itu sendiri.

STAR WARS: THE FORCE AWAKENS (SOUNDTRACK) Edaran:

Universal Music Pembukaan dengan lagu pertama mengingatkan kepada filem itu sendiri. Susunan muzik yang memorable dan

powerful, dengan iringan orkestra kemas cukup mengasyikkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.