TAMPIL MENAWAN DENGAN LAURA MERCIER

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Setiap ciptaan rangkaian Laura Mercier direka sendiri oleh Laura mengikut keperluan pelanggannya berdasarkan palet yang klasik dan disukai ramai, dan bukannya berdasarkan trend bermusim sahaja. Oleh sebab itulah ramai yang setia menggunakan Laura Mercier kerana konsepnya yang memahami keperluan setiap wanita.

Antara produk Laura Mercier yang jadi kesukaan ramai ialah:

Foundation Primer Gel berkrim yang harus digunakan sebelum sapuan bedak asas bagi mencipta lapisan yang bertindak sebagai pelindung antara kulit wajah dan bedak asas. Primer juga membantu menyembunyikan garis-garis halus dan liang pori supaya tidak jelas kelihatan apabila bersolek.

Candleglow Foundation Dirumus tanpa wangian, bedak asas ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ia mengandungi Radiant-Pearl Mica untuk meratakan warna kulit diikuti dengan pigmen warna yang mikro bagi mewujudkan efek seolah-olah wajah diterangi cahaya lilin agar kelihatan lembut dan berseri setiap masa.

Tinted Moisturizer Pelembap wajah dengan SPF20 yang juga boleh digunakan sebagai bedak asas untuk asas solekan.

Lip Glace Pelembap bibir yang mempunyai 13 jenis pilihan warna dengan formula yang tidak melekit sambil melindungi bibir agar kekal lembap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.