MULUS DENGAN MAYBELLINE

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Krim BB adalah kesukaan ramai di kalangan wanita kerana hanya dengan kegunaan satu produk sahaja, yang boleh menghidrat wajah, menutup garis halus, mencerahkan kulit dan juga melindungi kulit wajah dari sinaran UV – kesemuanya dalam satu langkah sahaja!

Bersedialah untuk menyukainya dengan lebih lagi kerana jenama kosmetik No.1 Maybelline New York telah pun mengubah konsep krim BB sama sekali. Maybelline New York Super BB Cushion SPF29/PA+++ iaitu kusyen kompak krim BB yang mengandungi 60% esen pelembap air terkandung dalam kusyennya adalah rekaan terbaru jenama kosmetik No.1 ini. Popular di Korea, kusyen kompak ini menumpukan formula BB hanya pada pad kusyen dan anda hanya perlu oles pada wajah dengan pad aplikator tersebut. Terdapat dalam dua warna iaitu Light and Natural, Kusyen kompak Maybelline New York Super BB Cushion SPF29/PA+++ mempunyai tekstur yang lembut dan mengandungi serbuk mineral dan esen pelembap khususnya untuk melindungi kulit sambil melembapkan kulit sepanjang hari!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.