MELVITA PULPE DE ROSE DUO

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan kulit yang terjejas akibat faktor gaya hidup masa kini, jenama kecantikan Perancis yang disahkan organik, Melvita mencipta Pulpe de Rose Plumping Radiance dengan bahan antioksidan paling mujarab yang diperolehi daripada buah-buahan dan mawar liar yang kaya dengan vitamin C dan kelopak mawar untuk memerangi tanda-tanda awal penuaan dan kehilangan seri wajah.

Dua kepakaran Melvita: air mawar dan minyak kecantikan – digabung dalam satu produk penjagaan kulit. Tekstur unik 2-dalam-1 ini dimuatkan dalam Pulpe de Rose Plumping Radiance Duo dan dihasilkan dengan nisbah 75% Air Mawar Damsyik dan 25% Minyak Buah Mawar (rose hip). Manfaat Air mawar Damsyik adalah untuk memberi kesegaran pada wajah, manakala minyak mawar Damsyik pula bagi mengembalikan kecergasan. Formula dwi fasa ini sangat lembut dan mudah diserap ke dalam kulit, dan kerana itu kulit menjadi lembap dan berseri dengan pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.